Wednesday, 18 September 2013

:: Timbul semula selepas tenggelam ::

Last post sebelum bulan puasa haritu.La ni raya puasa pun dah habis dah.Tak lama lagi raya haji pulak menyusul barulah tuan empunya blog nie timbul semula selepas tenggelam lama.

Izz pun dah nak masuk 14 bulan.Last update masa Izz 9 bulan rasanya.Punyalah lama tak mengarang cerita plus mengarut, merapu kat sini kannnn.Sejak online guna hp nie makin malas nak update blog (alasan....).Kadang-ladang ada cerita nak share, baru semangat nak buka lappy,ada sepasang lagi tangan comel datang joint sekali.Kalau setakat tekan keyboard jer takpe, nie siap korek button alphabet tu.Button 'Caps Lock' dah selamat tercungkil keluar.Syabas anak.Kakak kamu dulu tak reti nak merosakkan barang, yang ni memang betul2 hero.Izz berjaya jadikan rumah berkeluarga ditransform menjadi rumah ala-ala orang bujang di dalamnya.Kosongggg jer.Takat ada sofa dan rak tv jer.Yang lain semua dah angkut masuk bilik.



Ni pic terbaru Izz.Ahad lepas kami ke perpustakaan.Yer..saya tak silap taip,memang kami ke perpustakaan.Ejejeje...macam student pulak kan tetiba ke library.Zaman ler ni bukan macam dulu dah.Diorang buat perputakaan mcam playground okeyy.Siap ada ada pokok dan padang bagai.Jadi budak-budak pun sukalah ke sana.Sambil baca buku boleh main-main boleh surf internet lagi.Nanti saya update lain utk perpustakaan tu yer.





Izz start berjalan masa usia dia 13months.Kira cepat sikit dari Dania.Kakak dia dulu setahun 2 bulan baru jalan tau.Memang jenis adik-beradik lambat jalan tapi tengok pada perkembangan Dania, bab-bab lain cepat jugak la.Alhamdulillah..tak susah nak menjaganya.




Bila dah pandai jalan, faham-faham ajelah kan.Pastinya semua tempat dia nak explore.Setakat lock macam tu, sebelah tangan jer Izz tarik.Lepas ni abah dia kena beli safety lock yang lebih berkualiti.Takat beli kat DIY memang terkeluarlah segala pinggan mangkuk dalam almari tu.





Minggu lepas Izz demam panas.Bawa pi klinik berlainan 2 kali tapi macam doktor check gitu-gitu jer.Yang sorang tu lagi teruk, masuk jer bilik dia check suhu izz adalah 2 saat (ntah sempat dapat detect suhu ke tak), pastu check tekak main jolok jer (kasar okeyy).Buat kerja macam charlie chaplin.Tak explain suhu berapa dan apa punca demam, tup-tup nak sumbat bontot Izz dgn supp.Kalau takat nak sumbat supp tu baik saya beli kat farmasi jer.

Sudahnya kami decide bawa Izz ke Hospital.Masa tu suhu dah turun sikit dalam 38++ tapi Izz asyik muntah jer risau pulak.Sampai sana, Barulah doktor explain apa punca Izz demam panas dan muntah tiap kali lepas susu dan makan.Barulah kami puas hati dengan penerangan doktor.Moralnya: Bayar mahal-mahal pada service swasta pun belum tentu hasilnya memuaskan hati.Bayar seringgit jer kat hosp gomen tapi sangat-sangatlah puas hati.Oh ya, hospital kami pi nie agak terpencil so..tak perlulah nak beratur lama tunggu turn (kalau kena tunggu sampai 2-3 jam saya pun tak sanggup).Kami sampai just duduk dalam 15 minit doktor dah panggil.Bertuah badan duduk kat pinggir bandar (^_^).





Cik Dania pun dah makin besar.Cuma badan jer yang tak besar-besar.Cerewet sangat bab-bab makan nie.Nak suruh dia makan sayur, masyaallah..jenuh berzikir ibu dia nie.Kadang-kadang saja jer tak masak lauk yang dia makan.Mula-mula dia tahan juga taknak makan, bila perut dah berkerongcong sudahnya dia telan jugak apa yang ibu masak.

La nie dah pandai feeling...feeling..macam anak darez gitu.Kalau keluar nak pakai shawl..takat tudung biasa tu taknak dah.Jenuh mak dia nie nak belit-belit kat kepala dia.Ibu kamu pun pakai yang sarung jer Dania sebab tak reti sangat nak belit bagai.Baru-baru nie dia pakai syria nie, lepas tu suruh ibu tepek bunga seketoi atas kepala tu.Dah siap semua suruh ibu snap pic dia pulak sambil posing ayu-ayu gitu.Layankan ajelah kerenah anak nak membesar kan.Alhamdulillah...dia sendiri yang terbuka hati nak berhijab pada usia begini.Ibu dia dulu dah besor panjang baru dapat hidayah (ker ...sendiri yang tak nak cari hidayah sebenarnya).





Kulit makin hario makin gelap.Balik kampung masa raya haritu, ramai yg tegur Dania dah hitam.Kecik-kecik dulu putih lah jugak walaupun tak gebu sangat.Sejak dah sekolah nie, dok turun naik bas sekolah plus sukan lagi plus main panas kat sekolah lagi memang lah gelap.Ibu dia dulu pun cam gitu gak.Gelap lagi dari Dania rasanya ;p






 
Dah boleh diharap untuk tengok-tengokkan adik.Kalau dulu nak masak kena tunggu mr.hubby balik kerja atau time Izz tido jer.Sekarang nie dah senang sikit.Ibu dia pun dah boleh start scrub-scrub  semula.Dulu mandi gitu-gitu jer.Sabun, gosok gigi, cuci muka dahhhh siappp.Sekarang bolehla nak belai-belai sikit diri nie..Tapi adik nie kadang-kadang mengada-ngada juga, taknak duduk dgn kakak.Nanti terdengar jeritan Cik Dania menyanyi untuk tarik perhatian adik dia.Masalahnya Izz nie, lagi kuat kakak dia nyanyi lagi kuat dia jerit."Tak sedaappppp tau suara kakak".





My two sweethearts.Sorang lagi tetap ada dalam hati sampai bila-bila.Wahhh...tetiba sedih... :(





Saya dan mr.hubby??kami masih sama macam dulu.Badan pun maintain lagi auwww..Yep..saya tak tipu.Jeans saya pun dah turun 1 size okey hikhikhik.Maybe sebab gigih ganti puasa last minute haritu kot.Dah lama tak tangkap picture berdua macam zaman baru-baru kawen dulu.Lepas nie bolehla mintak tolong Dania snap pic untuk kami.

4 comments:

  1. da makin besar anak teruna kita kan...
    encem izz...

    yana,suka tgk dania pakai tudung seawal usia.mudahan dapat juga didik aleesya nanti.insyaallah...doakan ye mudahan anak2 kita semua ni diberi kefahaman agama

    ReplyDelete
  2. Salam Yana..
    Samala macam Fad..lemau sangat mood skrang nak update blog. Banyak je benda nak citer, tapi biler dah macam- macam hal tengah ilham meluap- luap tu..terus malap jadinya mood nak merepek kat blog..huhuhu..
    Pe pun, seronok sangat Fad baca entri ni. Suka baca citer anak- anak Yana. Geli hati biler baca part si kakak yang dah ber feeling feeling gitu. Nak buat macam mana kan..anak dara dah dier, mesti taste nak bergaya pun dah lain sket..hihihi..
    Harap Yana terus dapat menulis....suka sangat fad singgah baca citer kat sini.. .

    ReplyDelete
  3. Salam yana..hehe samalah kita..wanie ni pun baru timbul semula..
    Yana,baju raya kita sama kaler..hehe..
    izz pun x besor dah..
    cik dania yana pun,cam ank dare dah tu..senyum simpul kalah mama dia dah..haha

    ReplyDelete
  4. takpe dania, still cute lagi, heee

    ReplyDelete