Monday, 17 June 2013

Dia abah permata hati di dunia,dia juga abah bidadari syurga





















8 tahun menjadi abah yang penyayang dan sabar untuk Dania dan Izz.Dia juga insan terakhir yang  mendakap Siti Hawa ketika pemergiannya dulu.Meskipun sedih namun dia redha melepaskan anaknya pergi bertemu PenciptanNYA.Dari kacamata sang isteri dialah abah terbaik buat anak-anak kami.8 tahun berkhidmat dengan cemerlang ke atas amanah-amanah yang Allah pinjamkan untuk kami.


Ye....hari-hari pun perlu menghargai jasa dan pengorbanan bapa namun tak salah rasanya andai kita pilih satu hari yang lebih istimewa untuk kita hargai seorang ayah.Tak perlu hadiah mewah, bukan sambutan besar-besaran cukuplah walaupun hanya sekadar ucapan dan ingatan akan jasa dan pengorbanan mereka....











Dari Dania untuk abah.Kata Dania, "Dania nak beli bunga untuk abah tapi kat koperasi takde".Alololo...kesiannya."Takpe Dania buat kad dulu, hadiah kita postpone okey.Nanti ibu teman Dania beli bunga untuk abah".Dalam demam-demam dia siapkan kad ni semalam dan terus bagi pada en.suami.Tersenyum abah sambil ucap "terima kasih".

Bila anak pandai tunjukkan penghargaan buat kita, tentunya perasaan happy tu melebihi dari kepuasan mendapat hadiah bernilai ribuan ringgit.Semoga Allah merahmati hidup suamiku ukhrawi dan duniawi amin.

2 comments:

  1. hai.. salam kenal,
    follower no.85
    done follow sini,
    jom follow teman yea yunk..=)

    http://tengkubutang@blogspot.com/ -->(official)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/ -->2nd blog

    ReplyDelete
  2. cantik kad dania..
    seronok kan bila anak sendiri tau belajar menghargai hari2 tertentu..

    kita ibu ayah ni,rasa hepi dengan ucapan dan senyuman =)
    Happy Father's day

    ReplyDelete