Sunday, 23 June 2013

Cuti Sekolah ~ kami balik kampung

Cuti sekolah dah lebih 2 minggu berlalu, baru harini nak update cerita,tahniahlaaaaa.....Izz sekarang nie dalam proses nak berdiri (tanpa sokongan) dan berjalan.Asal nampak tempat yang boleh dia berpaut jer confirm dia panjat, lepas tu buat-buat lupa yg dia tu belum pandai berdiri tanpa sokongan lagi.Sesuka hati lepas tangan.Si ibu ni apalagi, macam superman dah nak menyambut si anak.Kalau tak sambut confirm berdentum ke lantai.Kadang-kadang tu sambil duduk pun dia boleh berdiri tanpa pegang apa-apa.Bertahan dalam 10 seconds then jatuhkan badan dia macam kat bawah tu ada tilam empuk yg menanti kannnn.Hadoi..semput nafas ibu dia nengoknya.



Sekarang ni nak online pun weekend dan waktu tengah malam jer(itupun kalau weekend tak kemana-mana).Nasib baik Izz bukan jenis berjaga tengah malam.Just merengek nak susu then tidur semula, lepas subuh baru bangun.Kadang-kadang sampai pagi baru terjaga.Sempatlah ibu siapkan kerja rumah sikit-sikit dulu.

Memandangkan minggu ni musim jerebu so..masa saya hanya di rumah.Bolehla update mana yang sempat.Inipun menaip sambil menunggu kain dalam washing machine siap ;p.

Cuti sekolah pertengahan tahun lepas kami decide untuk balik kampung.Tahun 2013 nie kami belum berkesempatan jejak kampung halaman lagi.Mil dan family jer yg datang jengah kami kat sini masa CNY lepas.Bagus kan anak menantu nie ;p 


Kebetulan chenta hati  saya dapat cuti seminggu pada minggu kedua cuti sekolah so...bolehla rehat lama-lama sikit kat kampung.Part paling best dapat makan yang sedap-sedap hasil air tangan mak mertua.Oppsss...saya kalau balik kampung kan memang jarang sangat masak sebab mil saya memang pakar memasak.Request jer nak makan apa insyaallah semuanya tersedia.Tapi saya taklah ambil kesempatan atas kerajinan mertua yer, sambil mak masak saya tolonglah apa yang patut (selalunya tolong tengok jer T__T).Sambil tu dapatlah belajar resepi2 baru dari mak.Sebab tu saya suka balik kampung (^_^) .


Sebelum sampai kampung kami bercuti ke Pulau Pinang dulu.Dekat jer dgn Kedah kan so..sekali jalan jer nak balik kampung.Sebenarnya dari tahun lepas lagi hubby ajak holiday ke sana tapi asyik bertangguh jer sebab memenuhi keinginan isterinya yg tersayang nie (mengada-ngada sebenarnya).Mula-mula nak pergi cuti hujung tahun lepas tapi bertukar destinasi ke Langkawi.Lepas tu cadangnya nak pergi cuti CNY tahun nie tapi tak jadi juga sbb hubby tak dapat cuti (kebetulan makcik datang dari penang nak holiday kat sini).Akhirnya cuti pertengahan tahun nie baru impian suami jadi kenyataan.


Oh ya, suami saya sangat suka Penang sbb 'syurga makanan' katanya (suami saya peminat tegar nasi kandar).Kebetulan dulu suami pernah bekerja dan menetap di sana so..nasi kandar tu macam makanan ruji dia dulu.Sekarang nie Dania pulak mengikut abah dia.Kalau makan nasi kandar mesti nak lauk kambing.Saya???semua pun boleh janji halal dimakan.Untung kan dapat saya, tak cerewet bab-bab makan nie.




Kebetulan 1 Jun cuti umum sempena hari keputeraan Yang Di-Pertuan Agong so..pepaham ler...highway confirm sesak punya.Kami keluar awal pagi tau.Kononnya nak elak jammed sekali ada orang lagi awal dari kami.Huhuhu...sesak nafas tengok deretan kereta macam nie.






Kokonnya nak lari dri jammed, sekali ramai pulak yang joint kami nak ikut jalan lama.Fuhhh...berpeluh tau.Dahla Izz tengah syok ronda-ronda dalam kereta.Habis semua tempat dia nak pergi.Letak atas car seat meronta nak lepas.Huhuhu...mencabar betul jalan jauh dgn anak kecik nie.Nasib baik jammed masa kat tol jer.Lepas tu alhamdulillah trafiic lancar.





Baru lepas kena "hepppp...amboiiii...."dengan ibu.Duduklah diam kejap atas car seat.Lepas 10 minit start balik.Alahai anak, tunggulah lepas kita sampai destinasi dulu kalau nak ronda-ronda, panjat-panjat pun.Dalam kereta nie mana boleh jogging.





Akhirnyaaaaa....jam 12.30 tengah hari kami sampai ke Pulau Pinang.Punyalah lama nak sampai sebab kereta banyak macam semut tau.Highway yang sebesar alam tu pun boleh jammed.Si kecik yang kejakukan tengok laut yang terbentang luas.Dania pulak nampak jambatan jer terus tanya abah, "abah..lepas nie kita boleh mandi laut kan??"






Hubby kata dalam 15 minit dah boleh sampai hotel, sekali dekat sejam baru sampai.Dalam Penang lagi dahsyat sesaknya.Hampir tak bergerak hokey.Nasib baik dah booked hotel siap-siap.Kalau tak, silap-silap tidur dalam kereta ajelah.Kami check-in di Batu Feringgi sebab dekat sikit dengan pantai yang kami nak bawa Dania mandi manda nanti.Memandangkan waktu nie peak season so..kebanyakan hotel dah full booked.Nasib baik ada saki baki lagi.Kalau tak kena bermalam dalam kereta lah nampaknya.


Lepas bersihkan diri, solat dan lunch (lunch dlm bilik jer, dah tapau siap-siap) kami rehat dulu.Bagi heri kecik tu tidur puas-puas..Kalau tak nnt meragam.Nak berjalan pun takde mood.


Malam tu kami keluar amik angin laut kat Padang Kota.Tiap kali ke Penang tempat nie antara yg wajib kami singgah sbb saya sangat suka pasembor.Ada ketam, udang, segala jenis bebola, kentang, telur, cucuq udang etc.Memang best.Sorry takde pic nak share sbb saya sangat2 segan nk snap pic kat situ.Ramai sangat orang, meja pulak rapat2.Satgi orang jeling semacam pulak tgk saya snap pic makanan.Tak pasal2 kena gelak nnt sbb sekarang kan trend snap pic before eat then post kat instagram (padahal saya instagram pun takde)


Lepas makan terus jalan-jalan kat area situ.Dania mmg teruja tengok laut.Asyik tanya bila nak mandi laut jer.Memandangkan hari nie kami sangat letih, makanya pagi esok kami akan bawa anak dara sorang nie mandi laut.Sebelum matahari naik tegak atas kepala memang syok nak mandi sebab air laut pun sejuk lagi.





Kita hanya merancang tapi Allah menetukan segalanya.Subuh tu hujan turun.Kesian pulak tengok Dania mengharap nak mandi so..lepas breakfast kami bawa dia keluar (dgn harapan tempat lain hujan dah reda).Masa ni hujan renyai-renyai jer.

Sampai kat tepi pantai hujan memang dah berhenti tapi air laut sangatlah tak sesuai untuk mandi.Ombak besar, angin kuat,laut pun bergelora.Bila tengok ombak menghempas pantai tiba-tiba teringat tsunami hampir 9 tahun dulu.Ombak macam nie pun kami dah seriau, lagi lah ombak besar macam tsunami tu kan.Terasa kerdilnya diri nie.







Nak mandi tak boleh, jadi kita tangkap gambar ajelah anak-anak.Sambil tu main air kat hujung-hujung pantai tu.Jadilah dari tak dapat rasa air laut langsung kan.Selamat muntah tengok gambar-gambar kami yer....












Izz syok tengok banyak burung beterbangan






Semangat nak mandi laut punya pasal, awal-wal pagi kami dah keluar.Kedai-kedai kat belakang tu pun tak buka lagi."Hai...la Dania, tak dapat mandi laut dapat tangkap gambar kat papan tanda pun okey dah kan"























 Dapatlah juga cecah kaki dalam air laut.Jadilah dari takde langsung kan.Lepas puas main air kami balik semula ke hotel.Packing barang siap-siap sbb nak check-out dah harini.Lepas lunch dan solat, kami ronda2 dulu dlm shopping mall sbb kat luar masih hujan.





Akhirnyaaaa....ptg tu matahari muncul juga so..dapatlah memenuhi hajat Dania utk mandi laut.Kalini kat pantai lain.Nampak bersih sikit compare dgn Batu Feringgi tadi.Siap ada org buat barbeque lagi.





Ibu dgn adek Izz tak mandi.Kami tengok dari jauh jer.




Asal mandi laut jer sure nak main pasir





 Lepas puas berendam, mandi, tukar baju, makan dan terus gerak balik kampung.Kami balik naik feri.Rasa mabuk pulak kalini.Sebelum nie okey jer naik feri.Maybe letih agaknya.Sampai kampung dah pukul 10 malam.Letih....terus tidur.





Memang rezeki kami balik kalini.Kebetulan pagi tu ada orang nak tebang pokok kelapa depan rumah mak (tanah org lain).Tuan empunya tanah siap offer buah kelapa muda lagi.Apalagi puaslah minum air kelapa muda.Tak cukup dgn tu adik ipar siap buat coconut shake lagi.Kebetulan cuaca panas, fuhhhh...nyaman sungguh.En.suami siap request mil buatkan kerabu umbut kelapa utk makan tengah hari tu.Apalagi makan bertambah la kami haritu.





Tengah hari esoknya mak jamu pulut mangga dengan susu lembu segar pulak.Kebetulan ada orang kampung supply susu lembu segar.Masyaallah...sedapnya.Ini antara sebab saya suka bila hubby ajak balik kampung.


Bukan tu jer, mak siap buatkan ketupat lemak untuk kami.Rupanya macam ketupat nasi tu tapi cara masaknya dengan merebus ketupat tu dengan santan yg banyak.Rebus sampai santan kering.Bila dah masak rupanya sebijik macam ketupat nasi daun kelapa tu cuma rasanya lebih kepada rasa ketupat palas sebab isinya beras pulut.Sorry takde pic sebab lupa nak tangkap.Segan pun iye jugak dgn mil.Masa snap pic ni pun curi-curi masa mil takde.Saya ni pemalu orangnya T__T




Antara yang best bila balik kampung ialah dapat jalan-jalan rumah sedara-mara.Kami kan, bukan musim raya jer tau nak berziarah.Tiap kali balik kampung sure mil ajak pergi rumah makcik-pakcik hubby.Masa nie kami kat rumah pakcik hubby.Dapurnya sangatlah luas (besar ruang bawah rumah saya rasanya).Izz apalagi kannn, manfaatkanlah ruang yg ada tu.Habis semua tempat dia jelajah.Kakak Dania tak ikut masa nie sbb dia ikut makcik dia pergi office.



Itulah aktiviti kami sepanjang cuti sekolah lepas.Next cuti sekolah???hiihihi..balik kampunglah kan raya.Anyway....rindu nak bw lagi tapi masa mencemburui saya.Tunggulah Izz dah pandai jalan nnt.Maybe banyak ruang untuk saya berblogwalking kembali.Apapun ...harini nifsu Syaaban kan.Malam nie bolehla baca yassin dan berdoa semoga Allah terima segala amal kita selama nie dan semoga kita semua mempertingkatkan lagi segala amalan di masa hadapan.Sedih pulak bila type part nie.Rindu kat Siti Hawa agaknya.Bulan nie genap 2 tahun pemergian dia.Minggu lepas kami ziarah puasara Siti Hawa.Bersihkan istana kecil dia dan sedekahkan Al-Fatihah untuk dia dan semua penghuni kubur di sana.Semoga Allah mengampunkan dosa mereka dan dosa-dosa kita agar kita dapat bertemu anak syurga kita bila sampai ketikanya nanti.


Dalam tiap doa saya tak pernah lupakan Siti Hawa.Saya tahu dia bahagia di sana.Miss u so much sayang.Semoga Allah izinkan ibu dan abah untuk bersama Siti Hawa dan anak-anak ibu yang lain di syurga nanti.





















 








2 comments:

  1. Salam yana..hehe..samalah kita,br nk update cerita pasal cuti sekolah lps..ketinggalan sguh kan..tp bkn ketinggalan sebenarnya,masa x mengizinkan..
    Wah,ronda penang ya..wanie pi langkawi aritu..samalah dgn cik dania wanie,nk mandi laut katanya..last2 plan nk ke tmpt lain x menjadi,langkawi lah jwpannya.hehe..tp besttttt...

    ReplyDelete
  2. bestnye u ols.

    jeles tau.lama sgt da x g pantai.tgh kenen2 hubby.hehe.

    ReplyDelete