Monday, 4 March 2013

Isnin~ No Monday Blues Yer


Kalau ada yang kata fulltime housewife boleh relax-relax dan guling-guling atas katil after mr.hubby keluar bekerja, saya memang 100% tak bersetuju dgn statement tu, sebabnya saya tak boleh buat macam tu (jeles sebenarnya...).Apatah lagi nak ber'Monday Blues' macam sesetengah orang kan.Dalam mimpi ajelah kot.


Seperti biasa, Isnin adalah antara hari paling sibuk buat saya selepas 'bercuti' 2 hari.Biasanya kalau asben tak kerja, kami akan balik kampung saya di Kuala Lumpur (err..saya yg duduk kg sebenarnya).Biasalah..kalau dah tinggalkan rumah 2 hari, of course segala macam kerja rumah menanti.Kain yang belum dicuci, yang belum dilipat, baju yang belum digosok, lantai yang belum dimop,nak sapu laman lagi.Huwaaaa....nak taip nie pun dah penat, lagilah nak melakukannya.




Breakfast pagi tadi makan nie jer dengan milo suam.Biasanya saya sediakan yg berat sikit macam bihun atau nasi goreng ataupun kadang-kadang roti + telur 1/2 masak (fav hubby dengan anak gadisnya).Semalam balik rumah dah lewat + tidur pun lewat sebabnya melayan Izz yang baru bangun tidur.Sudahnya pagi tadi siapkan yang instant ajelah.Cik Dania pun tak bawa bekal pagi tadi.




Pukul 9.30 pagi dah settle masak untuk lunch.Menu harini daging goreng kicap bersama daun leek, sayur buncis goreng dan ikan goreng (pic ikan tak snap pun)Awal kan??Begitulah saya setiap hari (kecuali weekend), seawal pagi dah sinsing lengan siapkan segala kerja rumah termasuklah memasak.Sebab apa??Ini kerana Izz Ar-Rayyan hanya akan tidur lena dan lama pada waktu pagi.Waktu tgh hari dan petang, dia tidur kejap-kejap jer.Dahla nak tidurkan dia punyalah mencabar.Kadang-kadang, ibu yang tertidur tapi si anak boolat jer matanya.Kalau waktu pagi eh..senang pulak, bagi susu dalam 10-15 minit dah pejam.Kalau waktu lain, siap ibu dia berzikir, bernasyid bagai, hurmmm...silap-silap dia zikir balik pada kita.




Lepas masak nak settlekan pending house chores.Kain nie Sabtu lepas punyer.Sempat sidai jer tapi tak sempat nak lipat (sebab dah gedik-gedik nak keluar jenjalan).Kat ampaian luar rumah ada lagi tau.Huarghh...malasnya nak lipat kain.Ada sesiapa nak pinjamkan bibik kat saya kejap tak??





Untuk Izz Ar-Rayyan saya sediakan bubur nasi + carrot.Rebus beras perang then masukkan carrot.Lepas nasi dah kembang terus blend.Dia makan sikit jer harini.Susu ibu dia lagi sedap kot.Takpelah nak, janji makan dari tak jamah langsung kan.






Oh ya, haritu saya buat banana smoothie nie.Al-kisahnya dah lama teringin since ternampak kat blog Ash dulu.Sebelum nie pernah tengok peserta Chef Cilik Dumex season 1 dulu buat nie.Dynas(juri masa tu) puji sedap.Saya nie pantang dengar perkataan sedap, mesti teruja nak rasa.Hahaha...parah.Bulan lepas pergi Aeon Kepong sekali ada pulak jual banana smoothie kat situ.Apalagi terus order.Eh...lepas tu teringat lagi, nak ke Kepong semata-mata nak minum ni, memang tak rajinlah kannn.


Kononnya beli pisang nak buat puree Izz, sekali ibunya joint sekali buat banana smoothie.Campur fresh milk dan pisang then blend.Huhuhu...sodapppp bagai dikata.




Hari yang sama saya buat Banana smoothie saya buat lemon fish.Permintaan suami tersayang.Resepinya saya google jer.Ala..macam masak lemon chicken juga tapi saya tukar kepada fish.Makan panas-panas okeylah sebab ikan tu crispy lagi.


Okey Izz dah bunyik dalam buai nie.Maknanya ibu kena stop menaip dah.Nie pun taip laju-laju sebab takut tak sempat nak habiskan b4 dia bangun.Nanti sambung lagi babai...

4 comments:

  1. setuju jugak tu..

    Dulu saya pernah kerja..
    sekarang saya surirumah..

    Rasenye time bekerja dulu lagi byk waktu rehat dari jadi surirumah.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. Hehe.rajin yana..teringin smoothie ye..

    Haaaa...betul sgt yana.kita housewife je tau cane..tu belum kira lagi tunggang langgang dua anak ni buat.kita masak,kat hall da sepah bagai nak karam kapal.sabarrrr je la...

    Pastu kitaaaaaaaa gak kemas.
    Takdenye nak guling guling....atas katil pandang siling dengar radio...haha

    ReplyDelete
  3. ish...ada anak,takde maknanye monday bluess...hari2 kerja bertimbun...huarghhh....baju tak lipat lagi...rutin kita hampir sama...pg2 baby tidur,cepat siapkan masak lunch...

    ReplyDelete
  4. Salam Yana...
    Baru hari ni dapat komen..
    Tang urusan baju- bajuan tu fad pun selalu surrender...
    Baju kat umah ni pulak..abis satu bakul setel, ada lagi berbakul- bakul..huhuhu
    Part tu paling leceh..tp terpaksa la buatkan..
    Ok yana..selamat la segala- galanya...

    ReplyDelete