Saturday, 2 February 2013

:: Lunch Hari Ini ::

Nasi Kuning, Sweet & Sour Fish dan Brokoli + Cendawan.








Ikan dory nie beli kat Tesco malam tadi.Kononnya nak buat fish & chips tapi bahan tak cukup.Jadi saya buat sweet & sour ajelah.Potong cube, celup telur then gaulkan dgn tepung jagung dan goreng dalam minyak yang panas.







Untuk sweet sour sauce.Tumis bawang putih (chop) dan bawang holland (potong cube).Lepas tu tumis halia+bawang merah+bawang putih (kisar), lepas dah naik bau wangi masukkan cili kering kisar dalam 2 sudu.Bila dah garing masukkan sos cili, sos tomato dan sos tiram.Masukkan garam dan gula secukup rasa.Bila kuah dah pekat masukkan ikan tadi.(saya curahkan atas ikan sebab takut anak taknak makan sos tu).Kalau masukkan capsicum (merah+kuning+hijau) dan tomato fresh lagi cantik tapi benda tu takde dalam fridge saya.Pakai apa yg ada jerrr.







Ni sayur favourite Dania.Tiap kali ke Tesco mesti dia tanya, "Ibu kat rumah ada mushroom lagi tak?".Kalau takde terus dia lari laju-laju pergi ambil sendiri (dia dah hafal dah kat mana mushroom tu duduk).Pelik budak sorang nie, sayur lain dia tak makan tapi mushroom yang rasanya macam petai nie boleh pulak dia telan.Untuk sayur nie, saya tumis bawang putih (chop) dan kiub ayam (1/2).Masukkan sos tiram dan masukkan air sikit.Bila dah menggelegak masukkan telur yg dah dipukul (saya guna 1/2 biji).Bila kuah dah nampak pekat masukkan brokoli dan cendawan.**Kalau tak nampak pekat boleh masukkan bancuhan tepung jagung sikit.


Untuk resepi nasi kuning bolehla refer di SINI

4 comments:

  1. Yana yang rajin..hehe.
    Aishh..mmg suami takkan kurang lah kasih sayang nye..sedap tu..

    ReplyDelete
  2. salam...Emm, sedapnya juadah..tambah2 nasi kaler kuning tuh!(^_^)

    Berminat dgn pelbagai saiz PEMANGGANG AJAIB yg berbeza?dgn harga yg murah?Jemputlah singgah ke blog saya ya...TQ

    ReplyDelete
  3. rajin masak! rasa mcm nak try mushroom tu,ada stok ni tp brokoli tgh takde..selalu tumis biasa je takde pekat2.. nyummy!

    ReplyDelete