Tuesday, 19 February 2013

Cuti CNY kami

Testing..testing 123......Lama sangat 'bercuti'.Orang lain dah mula kerja saya belum lagi.Al-maklumler..encik suami masih bercuti so...tumpuan isteri haruslah pada keluarga.Sempat jengah-jengah fb jer.Blog dah berhabuk baru nak mula update harinie.Eleh..macamlah ada orang baca blog picisan nie kannnn.

Cuti CNY tahun nie kami manfaatkan dengan berehat-rehat di rumah jer.Nak balik kampung rasa macam tak sanggup nak joint 1.3 juta orang yang bersesak-sesak nak balik kampung juga.Dah serik terperangkap kira-kira 13 jam masa balik raya haji lepas.Kebetulan makcik en.asben call nak datang bercuti ke K.Lumpur.So..kita planning jalan-jalan kat sekitar lembah kelang ajelah.Dah tentu jalan lengang, sebab ramai balik kampung.



Sabtu (8 Feb) kami ke Perpustakaan Raja Tun Uda di Shah Alam.Haha..bagus kan, 'cuti yang berilmu' kata en.asben.Makcik yang suggest tempat nie sebab dia pernah ke sini masa kursus/meeting dulu kot.Katanya kat sini ada panggung 6D.Tapi bukan siarkan filem romatik, seram atau lawak ye.Panggung nie ala-ala kita mengembara ke satu alam/ situasi sambil bermain dengan imaginasi,Kira macam tulah lebih kurang.Benda nie dah lama wujud rasanya cuma saya yang ketinggalan kot dengan benda alah nie.Kesiannnn.....(Izz dan Pakcik Kamil, sukalah Izz sebab ramai yang dukung dia.Sekejap orang tu dukung, sekejap orang nie dukung)




View ruang utk kanak-kanak.Siap ada tempat membaca ala-ala dalam taman lagi.Ambil buku then duduk bawah pokok.Feel macam kat  garden gitu.Sangat selesa dan sesuai utk breastfeed mummy mcm saya sebab banyak sofa tersembunyi dalam nie.Pilihan buku pun sangat banyak.WIFI pun ada and of course FOC.Dah pesan siap-siap kat Dania, "lepas nie kita datang sini lagi bawa buku Nilam Dania, boleh baca buku banyak-banyak dan isi buku Nilam tu.Tahun nie sure cikgu tak complaint Dania kurang membaca lagi".Oh ya,pada yg tak tahu, perpustakaan nie dekat dengan Stadium S.Alam.Macam mana saya boleh tak tak tahu kewujudan perpustakaan nie, sedangkan selalu sangat kami ke pasar tani stadium tu.Kesiannnnn lagi :(




Izz dan Dalily.Sekali dapat lepas memang pusing merata.Tambah lagi dua-dua dah pandai pusing-pusing dan baru nak start angkat montot sekarang nie.Haippp...Izz nak tarik headband Dalily yep.(cousin en.asben yang stay kat Kl pun joint sekali so..macam rombongan Cik Kiah ke perpustakaan lah kiranya)




 Dah lama tak bergambar macam budak sekolah macam nie.Hihihi..kami ber-6 yang baru lepas menjerit 'naik roller coaster'.Mula-mula masuk macam pelik bila staff kat situ pesan pakai belt dan pegang kerusi.Hasihh..nak tonggang terbalik ke kerusi nie nanti.Padahal nak tengok skrin besar tu jer kot.Sekali dah start, sampai pejam-pejam mata saya sebab gayat.Sakit-sakit jugaklah punggung bila terhentak-hentak tadi.Huhuhu..dahsyat game sekarang, tak payah naik real roller coaster pun dah boleh rasa gayat jugak.Hero kecik tu tolong teman ibu dia (^_^).




Dinner di Rasta Taman Tun Dr Ismail.1st time ke sini.Itupun cousin yang suggest tempat nie.Macam-macam variasi makanan kita boleh pilih.Yang tak bestnya bila sampai sini, belum sempat letak punggung dah berduyun orang datang letak menu sambil promote food mereka.Tak tahulah pada orang lain, kalau pada saya macam tak selesa sangat sebab belum sempat nak fikir-fikir nak makan apa dah orang berebut-rebut cerita pasal food diorang.Agak rimas.Price pun mahal sikit dari biasa.Bayangkan untuk milo ais jer dah rm5.90.Padahal milo bancuh jer pun bukan yang instant dalam kotak tu.Maybe tempat nie dekat dengan kawasan elit so.harganya pun haruslah 'elit' jugakkkk.






Hari Ahad, makcik nak balik Penang semula sebab Kedah dah start sekolah hari Selasa.Anak-anak dia  kena balik asrama hari Isnin.Katanya nak singgah Cameron Highland.Dania bila dengar Pakcik Kamil dia nak ke Cameron terus bodek abah ke Strawberry Park Genting.Sebenarnya dah janji nak bawa dia masa bufday dia dulu tapi masa turun dari Genting theme park tu hujan so..tak dapat nak singgah.





Maybe sebab hari Ahad tu CNY so..agak lengang.Yang peliknya ada juga orang cina kat sini.Diorang beraya sambil holiday agaknya ye.Cuaca sangat-sangat dingin dan berangin.Memang bestla kalau nak relax-relax sambil hirup udara segar.Oh ya, kami keluar rumah pukul 4ptg, pukul 4.45ptg dah sampai.Rasa dekat sangat dengan rumah.Lepas nie bolehla pergi selalu (^_^)





Si Dania nie, pantang nampak replika strawberry semua dia nak snap picture.Yang si adek dah lentok-lentok kepala sejak turun dari kereta lagi.Syok dibuai angin sejuk agaknya terus rasa mengantuk.





Amboi...kemain over lagi 'makcik' sorang nie.Mentang-mentang tak ramai orang kat sini.





Masuk dalam nie terus rasa macam di Cameron Highland sebab dikelilingi dengan kebun strawberry.Yang si Dania dah tak sabar-sabar nak masuk dalam tu nak petik strawberry.Tengoklah tu, kami sebatu kat belakang dia.





Bila tengok fresh strawberry macam nie rasa macam nak petik then terus masuk dalam mulut jer.Nasib baik tak boleh buat macam tu.




Dania tak sabar-sabar nak petik strawberry.Padahal makannya belum tentu lagi.Sejak sekolah nie dah makin memilih makanan.





 Ibu dengan Izz pun nak petik strawberry jugakkkk.





Izz teruja tengok warna merah.





Starwberry park nie ala-ala macam Cameron juga.Cuma tempatnya kecik sikit.Naik atas sikit ada lavender farm, ada taman bunga then ada juga tempat jual sayur.Cantik kan nampak purple jer.





Budak happy sebab permintaanya dilayan.





Izz dan bunga rose hahaha..tembamnya pipi kamu wahai anak





Nak petik tak boleh so...ambil bau ajelah yang boleh






Bunga apa saya tak sure tapi dia jenis memanjat.Memang cantik





2 beradik yang seiras.Ramai yang kata muka Izz macam Dania.Tapi kakak dah makin gelap sejak dah sekolah nie.Muka arwah siti Hawa pun seiras Dania masa lahir dulu.Jadi..bila rindu Siti Hawa saya akan tatap 2 wajah nie.





Singgah sini jap beli ole-ole."rambang mata ye cik kak".





Kebun sayur.





Izz teringin lolipop kakak.Sekarang nie dah pandai tunjuk muka excited bila tengok orang makan.Kalau nampak kakak pegang makanan laju jer dia menyusur ke arah kakak.





Deretan fresh flower di sini





Kedai pun takde orang sebab hari raya.Memang best nak jalan-jalan





Zon terakhir dalam strawberry park, tempat penanaman cendawan.Lepas keluar pintu tu, ada deretan kedai sikit dan tamatlah pengebaraan kami dalam strawberry park nie.















3 comments:

  1. Salam yana,
    Geramnya fad tengok Izz...semangat nampaknya,
    Bambam..bulat pipi dier...heeiii...geramla auntie..
    Anyway, seronok kan jalan- jalan sekeluarga..
    Makin angin bawak budak- budak...
    Fad pun tak tau ada tempat ni..boleh la lenkali suggest kat en somi datang sini..

    ReplyDelete
  2. syoknye jenjalan...mizah ni takde pun jln2 gi mana2... sibuk je duk rumah memanjang...sebab husband jenis suke duk rumah...ye la,sebab dia asyik la outstation,so cuti je nak duk rumah..hukhuk..izz tembam sgt..muka mcm kakak dia...geram tgk pipi izz tu...alahai hail ceoatlah besar..hehe

    ReplyDelete
  3. Awakkkkk jalaaaaannnn lagi..kitaaa jeless....uhukkk.. Uhukk..

    Hehe...yana,besarkanlah gambo,puas sket nak natap.... :p izz n dania

    ReplyDelete