Wednesday, 30 January 2013

Muhammad Izz Ar-Rayyan ~ 6 Bulan

Meh up picture sikit.Ha...tudia....sekali Izz bagi post mulut kepam.Harini genap 6 bulan tapi rambut segan-segan lagi nak tumbuh.Kakak Dania dulu pun macam tu jugak, 6 bulan masih nampak kulit kepala lagi.Nak bagi nampak macam gegirl sikit tepeklah headband flower-flower kat kepala dia.Pastu dah pandai rasa rimas, 2 minit jer headband tu kat kepala.Arwah Siti Hawa dulu pun lahir dengan rambut halus dan sikit jugak.3 beradik semua sama.Jenis rambut sikit masa lahir lepas tu lebat bukan main.









Amboi...tadi kepam sikit jer, ni siap kembang hidung lagi.Dah pandai buat muka excited bila kita nak snap picture dia.Itu kalau mood Izz baik la, kalau mood ngantuk ke, lapar ke lain pulak gaya dia.










Bila dah menginjak ke usia 6 bulan ni, secara rasminya bertambah 1 lagi tugas ibunya.Untuk permulaan nie saya bagi puree carrot untuk Izz.Campur dgn ebm sikit.Mula-mula suap tu dia buat muka pelik sikit.Suapan kedua dia tutup rapat-rapat mulut dia (macam pic kat atas tu).Bila anak dah pandai mengelak, ibunya pun kena pandai cari taktik juga.Makanya..saya pun tirulah gaya Ash dan Lady.Sudu pun berubah jadi kapal terbang.Yang bezanya kapal terbang saya bunyi ambulance akakaka... (dah bunyi kapal terbang tak best sangat.Bunyi ambulance lagi best kot).Lepas suapan ke-3 terus nganga mulut.Takyah nak neno..neno..neno.. dah.











Dah pandai angkat kaki lepas tu pegang then masuk ke mulut.Huhuhu..apekah???
Masih belum merangkak lagi tapi dah bergerak merata-rata.Biasanya dia guling-guling, mula-mula elok jer atas toto, lepas tu dah terlentang atas lantai pulak.Berat??hurm..bulan lepas 7.5kg, bulan ni tak sure lagi berapa.Minggu depan baru pergi check-up.Alhamdulillah...masih ada rezeki Izz untuk menikmati susu ibu.


















1 comment:

  1. wah.bestnye.makan byk2 eh izz
    nti leh bgusti dgn aaron kalu bjumpe.hehehe

    ReplyDelete