Friday, 26 August 2011

~salam aidilfitri dan selamat pulang ke kampung halaman~

Hari ni adalah Jumaat terakhir kita berada dlm bulan Ramadhan, cepatnya masa berlalu rasa macam baru jer kita sambut 1 Ramadhan.Mudah-mudahan amal ibadah kita diterima olehNYA dan kita menjadi 'insan baru' menjelangnya aidilfitri nanti dan hari-hari seterusnya.Mudah-mudahan Ramadhan kali ini menjadikan kita hambaNYA yang lebih baik dari sebelumnya.


Kepada kawan-kawan yang akan memulakan perjalanan pulang ke kampung halaman hari ini, esok, lusa dan seterusnya doa saya moga perjalanan kalian selamat dan sentiasa dlm lindunganNYA.Hati-hati di jalanraya ye.Semoga kepulangan kalian disambut dgn kegembiraan bukannya dgn tangisan (minta dijauhkan).


Kepada mama-mama terpilih yg mempunyai anak ahli syurga (Ash, Min, Adli, Ira, Anis, Nadya, Mel dan Saadah) semoga kita semua tabah ye menyambut aidilfitri tanpa mereka yang kita sayang.AIDILFITRI PERTAMA TANPA AHLI SYURGA KITA.Tentunya antara agenda utama kita adalah beraya di kuburan mereka pada aidilfitri nanti.Mudah-mudahan Allah kuatkan semangat kita sepanjang berada di pusara nanti.


Saya akan ziarah bidadari syurga saya sehari sebelum tibanya syawal nanti kebetulan istana kecilnya berdekatan dgn rumah ibu bapa saya.Esoknya(1 syawal) saya akan ke sana lagi sebelum saya dan keluarga meneruskan perjalanan pulang ke kampung di Kedah.Tak lengkap rasanya syawal kali ni tanpa menziarahi Siti Hawa di pagi Syawal.Sudah tentu saya mahu 'bersama' ahli syurga saya dahulu.Hadiahkan Al-fatihah dan berdoa untuknya di pusaranya."Ya Allah bahagiakan puteriku di sana.Tabahkan hati dan semangatku menerima ketentuanMU ini.Jadikanlah aku ibu yang redha menerima pemergiannya.Bimbinglah aku ke jalan yang BENAR moga aku dapat bersamanya di syurga firdausi nanti.Ya Allah betapa aku rindukan dia bidadari syurgaku."

Juga kepada teman-teman yang kehilangan suami tercinta (teman sepanjang hayat ukhrawi dan duniawi, Insyaallah)~Yusz, Mala dan Nurbaya.Mudah-mudahan kalian juga mendapat Rahmat dariNYA.Diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup di dunia sementara ni.Jangan sedih-sedih ye, mereka tetap menemani kalian cuma dari 'dunia' yang berbeza. Mati itu pasti, sampai masa dan ketikaNYA kita juga akan dijemput ke sana.Moga Allah satukan keluarga kita di Jannah nanti.Amin...

Okey, mood sedih dah habis.Now mood happy pulak.Raya nanti jangan lupa snap gambar banyak2 tau.Pastu share story best-best kat blog masing2 ye.Sure banyak cerita nak dikongsi kan.Saya akan beraya di rumah keluarga saya di K.Lumpur pada hari raya pertama.Selepas itu saya akan beraya bersama keluarga mertua di Kedah pula.Tentu banyak yg menarik menanti kami di sana.Biasanya keluarga suami saya akan berkumpul dan beraya beramai-ramai dari rumah ke rumah.Khabarnya ada family gathering tahun ni dan insyaallah akan ada slot BBQ.Hmmm..ni yang best ni.

Mudah2an bila kembali ke K.lumpur semula nanti mood dan semangat saya akan berwajah baru.Saya mahu semangat dan terus bersemangat demi suami dan puteri saya yang masih bersama saya di dunia ni.Moga ada khabar gembira buat kami lepas aidilfitri nanti.Saya mahu berfikiran positif demi satu lagi nyawa.Mudah2an Allah beri peluang kepada kami untuk memiliki pengganti bidadari syurga kami di dunia ini lagi. Al-Fatihah buat semua ahli keluarga dan saudara se islam kita yang telah pergi mendahului kita.Mudah2an Allah tempatkan mereka semua di tempat terbaik disisiNYA.Amin...


Kepada kawan2 blogger yang mengenali saya secara langsung atau tidak langsung(cewah...formal betul bunyinya).Saya ambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI~MOHON MAAF ANDAI ADA SALAH DAN SILAP SAYA SEPANJANG MENULIS NI (saya baru belajar berblogging~masih banyak kekurangannya).Jangan simpan dalam hati ye.Selamat bergembira bersama keluarga tercinta.Balik nanti kita share story raya masing2 ye.

Tuesday, 23 August 2011

~andai dia pergi dulu sebelummu~

**nak share entry blogger ni sama-sama :

ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUMMU

Pandanglah wajah orang yang paling kita sayangi… samada ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak atau siapa sahaja. Pasti kita akan berpisah dengannya satu hari nanti. Detik itu pasti datang. Itu janji kita sejak dulu… sanggup datang, sanggup pulang. Kita dan dia pasti berpisah oleh takdir yang dinamakan kematian.

Itulah detik yang paling menyedihkan. Sedih bagi mereka atau kita yang ditinggalkan. Dan lebih sedih bagi kita yang mungkin meninggalkan. Tidak kira siapa yang dahulu, siapa yang kemudian – ditinggalkan atau meninggalkan pasti menggetirkan.

Seorang isteri yang kematian suami… ketika seluruh dan sepenuh hati masih bersamanya. Masih banyak yang perlu diselesaikan – anak-anak, cita-cita dan harapan – tetapi ajal maut datang memutuskan segala dan semua yang kita inginkan. Ya, kita cuma hamba. Pada kita cuma tadbir, pada-Nya segala takdir.

Kekadang masih tak puas bermanja dengan ayah dan ibu… tiba-tiba sahaja mereka dipanggil pergi. Hingga lidah kelu dan hati sayu, tidak ada lagi insan yang boleh panggil ibu. Oh, sedihnya apabila ditinggalkan ayah… insan yang paling kita yakini sangat mencintai kita dan kasihnya yang tidak pernah berbelah, tetapi terpaksa berpisah!

Sekiranya saat ini kita diuji dengan kematian… ditinggalkan oleh yang tersayang. Maka kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah saw. Bukankah baginda telah dididik oleh mehnah paling getir yang bernama kematian? Bukankah ayahnya Abdullah pergi dulu sebelum sempat baginda dilahirkan? Ibunya Aminah menyusul beberapa tahun kemudian.

Tidak sempat bermanja lama dengan datuknya Abdul Mutalib, datuknya pula meninggalkannya. Lalu baginda yang yatim lagi piatu itu dipelihara oleh bapa saudaranya Abu Talib.

Kenangkan zaman kanak-kanak Rasulullah, tanpa ibu-bapa tetapi telah tega menjadi gembala kambing. Padang pasir dan angin kering menjadi sahabatnya. Lukisan alam itulah yang melakarkan jiwa suci dan akal tajamnya hingga mencari-cari makna kehidupan. Tidak sudi dia menjengah jahiliyah. Tidak rela dia dengan maksiat dan dosa. Hatinya berkata, bukan itu kebenaran dan kebahagiaan… lalu dia menyendiri di dalam gua. Jika tidak mampu mengubat, jangan dijangkiti. Lalu baginda lari… menyendiri.

Sejak baginda berkahwin dengan Khadijah, itulah srikandi sejati cintanya. Yang membawa bekal makanan ke gua Hira’. Yang menyelimuti tubuh dinginnya apabila digegar wahyu pertama. Yang memberikan jiwa dan harta untuk dia berdakwah, berjuang apabila digesa oleh surah Mudasthir (orang berselimut) – qum faanzir – bangun dan serulah! Itulah Khadijah kekasih Rasulullah, insan terhampir ketika semuanya meminggir.

Namun tidak lama, di tahun dukacita itu… Khadijah pergi buat selama-lamanya. Baginda kehilangan dorongan – pada jiwa dan harta. Khadijah tiada lagi. Pergi ketika kasih dan cintanya masih didambakan. Sudah hilang bisikan yang memberikannya semangat, kasih sayang, pembelaan dan kemesraan. Baginda berdukacita… Namun, selang hanya beberapa bulan satu kehilangan berlaku lagi. Abu Talib pula pergi. Sedihnya, dia pamit tanpa syahadah.

Tiada lagi perisai yang melindunginya daripada ancaman fizikal kaum Quraisy. Bila-bila masa sahaja pedang, tombak dan panah kaum jahiliah boleh menerjah. Jika dengan kematian Khadijah, baginda kehilangan dorongan. Dengan kematian Abu Talib baginda kehilangan perlindungan. Tanpa dorongan, tanpa perlindungan, Rasul keseorangan untuk meneruskan perjuangan.

Tidak cukup dengan itu, ketika Islam sudah bertapak di Madinah. Seorang ayah bernama Rasulullah, kehilangan pula puteri-puteri kesayangannya Zainab, Ruqayyah dan Umi Khalsum… Subhanallah, tabahnya hatimu ya Rasulullah. Kematian demi kematian, tetapi kau terus hidup dengan hati yang berjuang. Seolah-olah kematian yang menyedihkan itu menjadi obor perjuanganmu menerangi hati umat yang mati ini!

Ya, saudara-saudaraku. untuk apa semua ini dilakukan oleh Allah yang Maha Kasih kepada kekasihNya Muhammad? Ya, jangan bergantung kepada selain-Nya. Hanya bergantung kepada-Nya. Lalu jika kau kini sedang diuji dengan kematian suami, isteri, ibu-bapa, anak-anak, kenangkanlah hidup kekasih Allah, Rasulullah. Mari kita hayati dan mengambil ibrah dari setiap episod kematian yang telah dilaluinya.

Jika kita kematian ayah, ibu, datuk, isteri, ayah saudara, anak dan sahabat… kita kenangilah hidup Rasullullah yang telah melalui segaladan semua itu. Hinggalah di saat akhir ketika baginda pula yang dipanggil pergi, ketika Siti Aishah, Fatimah, Ali dan lain-lain saudara serta sahabatnya berada di sisi, baginda sudah bersedia, mehnah Allah sudah sampai ke kemuncak… baginda pula yang akan pergi.

Baginda sangat mencintai semua yang bakal ditinggalkan, tetapi baginda lebih cinta kepada Allah yang bakal ditemuinya. Lalu mulut baginda hanya mengucapkan, “rafiqil a’la. rafiqil a’la… teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi (Allah). ” Ya, baginda sudah pasrah meninggalkan cinta daerah rendah… untuk terbang ke syurgawi, menemui cintanya di daerah tinggi!

Kepada isteri-isteri yang kehilangan suami, dan mereka yang kehilangan orang tersayang, atau kita yang bakal kehilangan…yang menziarahi blog ini untuk mendapat sedikit cicipan ketenangan, aku yang daif ini cuma mampu menghadiahkan satu tulisan yang telah ku muatkan dalam bukuku ‘DI MANA DIA DI HATIKU” – tajuknya:

ANDAI DIA PERGI DULU SEBELUM MU…

Andai dia pergi dulu sebelum mu, sepuhlah air mata dan teguhkanlah jiwa. Kita yang masih hidup perlu menyambung perjuangannya. Tidak mengapa bersedihlah seketika. Itu fitrah jiwa. Namun sederhanalah kerana esok kau mesti bangkit semula. Katakan pada diri, ya… kau telah pergi, pergi bersama doa ku. Kau tunggu di sana, pasti aku akan menyusul nanti!

Andai dia pergi dulu sebelum mu, tanyakan pada hati mu yang sebati dengan hatinya, apa yang dia inginkan jika dia masih di sisi? Renung wajah anak-anak mu, lontarkan fikir melampaui kesedihan. Anak-anak mu punya masa depan. Di tangan mu segala cita-cita dan harapan. Jangan sampai nestapa ini menjadi halangan. Apakah kau tega mengecewakan?

Andai dia pergi dulu sebelum mu, katakan pada diri, akan ku galas amanah ini. Sekiranya terpaksa bertongkat dagu pun, aku tidak akan lemas dipagut sendu. Berjuanglah, agar dia bisa senyum di Barzakh itu. Oleh nukilan doa anak yang soleh dan solehah. Kalau benar cinta itu setia, anak-anak itulah titiannya. Di jambangan munajat, di taman ibadat, tentu ada sungai pahala… yang mengalir selamanya..

Andai dia pergi dulu sebelum mu, walau pun dia tidak akan kembali lagi, tetapi itu akhir pertemuan. Dulu kita bertemu untuk berpisah. Kini kita berpisah untuk bertemu. Inilah jalan takwa yang telah dilalui oleh Siti Aishah, Siti Habshah, Ummu Salamah, Mariah Qibtiyah bila ditinggalkan Rasulullah. Syukur kau terpilih untuk melalui jalan mujahadah. Mujur kau ditakdirkan merasai mehnah Ilahi – tradisi hidup Ummahatul mukminin yang ditinggalkan suami!

Andai dia pergi dulu sebelum mu, sibuklah diri mu. Beribadahlah sehingga kau letih untuk merasa sedih. Gembirakanlah hati mu dengan menggembirakan orang lain. Carilah peluang kebajikan dan kebaikan yang bertaburan. Bila sesekali kesedihan datang tanpa diundang, berwuduk dan bacalah Al Quran. Dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu satu kerehatan. Begitulah setiap kali Rasulullah SAW bila terasa gundah… diadukan kesedihan kepada Allah.

Andai dia pergi dulu sebelum mu, bisikan ke dalam hati mu yang paling dalam. Dia bukan milik ku. Dan aku pun bukan miliknya. Pemilik segala ialah Al Malik. DIAlah yang memiliki dan menguasai segala-galanya. Pada kita hanya amanah, sampai masanya terpaksa diserah. Jangan ada rasa dimiliki, dan jangan ada rasa memiliki. Bila terasa sepi, jangan katakan aku sepi… tapi katakan pada ku sentiasa ada pemerhati.

Apa lagi yang boleh menggugat kebahagiaan seseorang manusia yang lebih hebat daripada kematian? Kemiskinan, kesakitan, celaan, kekalahan dan lain-lain ujian hidup adalah kecil berbanding kematian. Kematian adalah “pemutus” segala kebahagiaan. Sama ada, kita ditinggalkan oleh orang yang kita sayangi. Atau kita sendiri meninggalkan mereka. Saat itu, adalah saat yang paling derita.

Jika kematian dikatakan boleh mencabut kebahagiaan, belajarlah daripada Rasulullah SAW. Baginda telah menghadapi kematian orang yang tersayang secara berturut-turut sepanjang hidupnya. Bermula dari alam rahim, baginda telah ditinggalkan oleh ayahnya Abdullah. Enam tahun kemudian, ibunya Aminah meninggal dunia. Tidak lama kemudian, semasa masih dahagakan kasih-sayang, datuknya Abdul Mutalib pula pergi buat selamanya. Tinggallah dia dalam pemeliharaan ayah saudaranya, Abu Talib.

Ketika masih perlukan perlindungan Abu Talib, Rasulullah SAW ditinggalkan lagi. Abdul Talib meninggal dunia ketika keislaman begitu didambakan. Sedangkan sebelumnya, Rasulullah saw telah kehilangan isteri tersayangnya Siti khadijah… Lalu tahun itu dinamakan tahun kesedihan!

Baginda diberi enam orang anak lelaki yang meninggal semuanya sewaktu kecil. Anak-anak yang ketiga dan keempat, meninggal dahulu di hadapan matanya. Alangkah rindunya untuk mendapat cahaya mata lagi, lalu Rasulullah SAW dikurniakan anak lelaki, Ibrahim. Kebetulan rupanya amat mirip dengan baginda. Tetapi Ibrahim juga meninggal dunia ketika sarat menyusu.

Lalu ditumpukan kasih sayangnya kepada cucundanya Hasan dan Husin. Sangat dimanjakan, sehingga pernah sujudnya sedemikian lama hanya untuk memberi waktu agar cucunya turun dari belakangnya. Namun, dari ilham Ilahi, baginda telah tahu bahawa ada peristiwa besar bakal menimpa keduanya. Baginda hanya memberitahu salah seorang daripadanya bakal mendamaikan perselisihan besar. Dipendamkannya tragedi pembunuhan yang bakal dihadapi oleh Husin di Karbala.

Begitulah Rasulullah menghadapi saat perginya orang yang tersayang. Lalu bagaimana pula keperibadiannya ketika baginda sendiri pergi meninggalkan orang yang tersayang? Sejarah menceritakan bagaimana ketika baginda terbaring di hamparan yang telah tua, berselimutkan kain kasar manakala minyak pelita lampu rumahnya hampir kehabisan… ketika itulah baginda menyebut, “rafiqil a’la, rafiqil a’la – teman daerah tinggi (Allah), teman daerah tinggi!”

Dalam “kamus” kehidupan para muqarabin (orang yang hampir dengan Allah), tercatatlah ungkapan bahawa mati itu adalah syarat menemui cinta. Ya, begitu rindunya baginda untuk bertemu Allah – cinta hakiki dan sejatinya. Itulah teman daerah tinggi yang sangat dirindunya. Perginya dengan tenang walaupun demam panas yang dihidapinya dua kali ganda yang dialami manusia biasa.

Namun begitu, di saat sakarat yang begitu hebat, masih sempat baginda berpesan tentang solat. Untuk siapa? Siapa lagi kalau bukan untuk kita… umat yang akan ditinggalkannya.

Semua orang mengakui hakikat bahawa mati itu datang tiba-tiba. Tetapi aneh, manusia yang pasti mati itu terus hidup sambil lewa.

Ketika segala tragedi dan ujian menimpa, Rasulullah SAW tetap bahagia. Bahagia inilah yang digambarkan oleh pembantunya, Anas bin Malik dengan pengisahannya:

“Aku telah menjadi khadam Rasulullah SAW 10 tahun lamanya. Maka tidak pernah baginda berkata atas apa yang aku kerjakan: “Mengapa engkau kerjakan?” Tidak pernah pula baginda berkata atas apa yang aku tidak kerjakan: “Mengapa engkau tidak kerjakan?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang ada: “Mengapa ada pula barang ini?” Tidak pernah baginda berkata pada barang yang tidak ada:”Alangkah baiknya kalau barang itu ada.” Kalau terjadi perselisihan antara aku dengan ahli keluarganya, baginda akan berkata kepada keluarganya: “Biarlah, kerana apa yang ditakdirkan Allah mesti terjadi!”

Inilah bahagia yang dialami oleh Rasulullah SAW. Aku cuba mencungkil sekelumit rahsia kebahagiaan yang hakiki ini. Mudah-mudahan kita akan dapat menghayati kunci kata di sebalik model insan yang paling bahagia ini. Kunci kata itu tepat dan padat – ana abdullahi walan yudhi’ani – aku hamba Allah, DIA tidak akan mengecewakanku!”

KETIKA RASULULLAH PERGI…

Tengah hari itu…

gugur butiran air mata di wajah mu
Hibanya hati melepaskan Rasul pergi
Bukan tidak reda,
Tapi itulah hati seorang isteri
pasti ada rasa cinta!
Pada akrab sekian lama yang terpisah
Bagai isi dan kuku…
Tapi hakikatnya kita semua hamba
Yang terpaksa akur dengan takdir-Nya
Jalan mujahadah menggamit kelangsungan budi
Setia seorang isteri tanpa teman menabur jasa
makam itu cuma semadi jasad…

Tapi dian batinnya terus menyala

Pada sebuah amanat di sisi isterinya

Wahai srikandi cinta Rasul yang masih hiba

Duhai srikandi budi yang masih lara

Sepuhlah air mata di usia muda

Melangkahlah semula dengan kukuh

kerna jalan ini masih jauh

Yang wafat cuma jasad

Bukan niat dan semangat!

Citra ini mengimbau sejarah ‘si merah’

– Umamahatul Mukminin Siti Aisyah

di usia remaja menjadi isteri Rasulullah

Teman Rasul ketika berjuang membela umat

Teman Rasul ketika di amuk sakarat

di ribaannyalah baginda wafat

Sepeninggalan Rasul…

Dialah gedung ilmu yang mendidik tanpa jemu

Dialah gunung budi yang berbakti tanpa henti

Dia hanya kehilangan suami

Tapi bukan kehilangan misi!

Sesekali ketika rawan diusik kenangan…

Berteduh di sejuk wuduk menawar gundah

Istirahat hati pada satu hakikat…

Cintaku hanya sedebu cinta-Nya

Relakanlah dia pergi…

Menemui temannya di daerah tinggi!

~bila pinjaman dariNYA diambil semula~

Since 2-3 hari ni ibu diserang batuk yang agak kronik.Heee...kronik ke?kalau sampai bercakap pun tak keluar bunyi just keluar angin jer kira kronik la kan? Batuk ni dah tunjuk2 sign since last week lagi, tapi buat tak tau jer (tak makan ubat).Ingatkan pas 2-3 hari dia akan baik sendiri rupa-rupanya makin teruk.Nak kata minum ais tak juga.Hmm..dah nak kena kan nak buat macam mana.

Semalam dah tak tahan sangat.Kerongkong rasa perit dan gatal, bila batuk dah tangkap kepala(berdenyut2) dan sakit dada.Hidung pun dah start berair dan muka dah rasa panas semacam.Ishh..nak demam ke ni?

So..malam tadi decide nak jumpa doktor.Pas amik ubat tak sabar2 nak balik umah sebab nak makan ubat.Memang tak selesa sangat.Cakap pun tak boleh dah.Rasa sakit sangat.Suara pun dah hilang.So..pakai bahasa isyarat ajelah.

Bila dah rasa sakit ni baru teringat bahawa apa yg kita ada ni semuanya pinjaman sahaja.Bila Allah tarik sikit nikmatnya dan terasa azab sungguh.So.. ibu harus sedar bahawa kadang2 Allah bagi kita rasa sedikit kepahitan, kesakitan dan kesedihan dalam hidup ni sebab DIA nak kita tahu bahawa apa yg kita ada sekarang ni semuanya hanya pinjaman.Sampai masa dan ketikanya pasti akan diambil semula termasuklah hayat kita.Sampai saat dan waktunya kita juga akan kembali padaNYA.

Monday, 22 August 2011

aktiviti semalam ~ shopping sampai pening

Semalam kami ke kl lagi.Kali ni planning nak keluar awal sikit untuk elakkan keadaan bersesak-sesak di kl.Keluar rumah jam 10 pagi(awal ke tu?hmm..awal bagi kami yg biasa keluar rumah after zohor ni).Destinasi kami, Sogo dan Jalan TAR.Jalan raya tak sesak sangat.Ingatkan kat dlm Sogo pun tak sesak la juga, rupa2nya dah macam sardin.Sampai escalator pun security kena jaga.Dah macam atas jalanraya gayanya bila terpaksa ikut arahan security nak guna jalan yg mana.

Planning nak cari kasut cik dania sebab last week gi cari takde yg berkenan di hati.Tengok orang yg beribu-ribu lemon ni ,mood nak cari barang pun takde.Ingat nak survey hand bag, bila tengok orang dah macam semut terus lupakan niat tu.Pilih punya pilih dapatlah sepasang kasut untuk cik adik kita tu.Alhamdulillah...dania pun tak banyak kerenah hari ni.Apa yg ibu ngan abah dia pilih, dia ikut jer.So..kami pun takde masalah nak pilih2 baju dia lepas tu.Dapatlah 2-3 helai baju.Last week dah beli so..this week just top-up apa yg ada.

Pastu ke Jalan TAR(location kegemaran abah utk beli baju melayu).Ingat nak cari baju kurung cik dania sekali tapi takde yg berkenan di hati.Kalau ada pun takde size dia.Masa kat sini dania dah mula tunjuk keletihan dia.Dia dok merungut kaki dia panas.Ingatkan dia tak selesa ngan kasut dia, rupa-rupanya dia nak pakai kasut baru.Macam-macam alasan dia bagi supaya dapat pakai kasut baru tu.Sakit kakilah, tak selesalah, panaslah.Finally abahnya mengalah juga, mula2 memang abah tak bagi sebab namapun kasut raya pakai raya lah kan.Ini dia nak pakai jam tu gak (memang pe'el dia setiap kali beli kasut, after bayar terus pakai).

Tapi satu yg ibu respect kat kakak hari ni sbb dia boleh tahan puasa dia sampai waktu berbuka walaupun jalan2 masa panas.Risau juga takut dia merungut haus, tapi Alhamdulillah langsung tak merungut cuma dia kata letih jer.After janji nak bagi pakai kasut baru kat dalam kereta nanti terus segar semula.(dania yg pandai 'berlakon').




Gambar ihsan makcik gugel


Yang tak bestnya, ibunya kena migrain tahap gaban hari ni :p.Masa kat kl lagi dah rasa, time teman en.hubby solat kat masjid balai bukit aman rasa macam nak tumpang tido je kat situ.Tapi memandangkan 'cik peah' tak kering lagi just duduk kat tangga ajelah.Sampai One Utama(berbuka kat sini), pening makin menjadi-jadi.Rasa macam nak pecah dah kepala ni.Dah lama tak rasa sakit macam ni(since preggy dulu tak penah migrain lagi).Nak cepat2 balik rumah ni.Lepas berbuka terus balik rumah.Sampai rumah mandi, makan ubat dan terus tido.


Tak buat apa dah.Nasi untuk sahur pun, abah yg masak semalam (thanks en.hubby). Sahur tadi bangun awal sikit sebab nak masak lauk untuk sahur.Menu sahur hari ni, sambal sardin dan ayam goreng.Simple jer cukuplah kan untuk sahur 3 beranak :)


**tak snap gambar kali ni, 'tuan tanah' kena migrain.

Saturday, 20 August 2011

misi kuruskan badan ~ "jom basuh kereta"

Petang ni en.hubby ajak gi berbuka buffet ramadhan.Pagi ni tengok kereta kat luar boleh tahan berkilat lagi(maknanya tak kotor lagila tu).Tapi bila belek tang sport rims, aduhai banyaknya peta.Semenanjung, sabah dan sarawak semua ada.Hmm...tak boleh jadi ni, tak tahan mata nengoknya.Nak pi hantar car wash memang takdela.Hari ni cuti, sure banyak keta tgh beratur tunggu turn nak dicuci(tak sanggup nak nunggu lama2).

Tengok langit cuaca macam cantik jer.Redup-redup manja gitu.Hmmm...apalagi capai kain, amik baldi, amik berus dan amik sabun."JOM CUCI KERETA!" (he..he..kalau en.hubby ku tahu sure kena marah)bulan2 pose basuh keta sendiri.

Bukan apa, selain dapat bersihkan kereta, dapat gak pecahkan sikit lemak2 kat badan ni.Now dah dapat dapat berat asal sebelum preggy dulu.Ingat nak dapat berat masa lum kahwin pulak.Haishh...boleh dapat ke ni.chaiyok yana..chaiyok....

Friday, 19 August 2011

19 Ramadhan~Jumaat yg penuh Rahmat

Alhamdulillah..hari ni dah 19 hari kita berpuasa.Kejap jer masa berlalu, rasa macam baru jer sambut 1 Ramadhan.Hari ni genap 60 hari selepas melahirkan bidadari syurgaku allahyarhamah Siti Hawa Binti Muhammad Azlan.

Alhamdulillah cik P pun dah kunjung tiba hari ni.Semalam baru jer bincang-bincang ngan doktor tentang perancangan untuk conceive semula.Ibu baru jer luahkan rasa sedikit bimbang coz cik p tak datang2 lagi sedangkan ummi ira yang deliver 4 hari selepas ibu, dah dikunjungi 'teman baiknya'.Doktor kata it's normal kalau before 3 months tak didatangi cik p lagi.

Sesungguhnya perancangan Allah tu amat sempurna sekali.DIA nak ibu betul-betul sihat dulu baru boleh get ready TTC(trying to conceive).So..after 60 days rasanya ibu dah betul-betul sihat dan ready untuk perancangan seterusnya.Baik sungguh doktor semalam(lupa nak tanya nama dia :p).Setiap kata2 yg terbit dari mulut dia, semuanya memberi semangat dan harapan buat ibu.Ibu ngan abah senyum jer lepas keluar dari bilik doktor semalam.

Semua yg kami harapkan telah dimakbulkan Allah.Sesungguhnya Allah Maha Besar, kami harapkan kematian anak kami bukan atas sebab jangkitan kuman, jangkitan dari darah ibunya ataupun dari sebarang kecacatan dan penyakit.Allah perkenankan semuanya. Syukur padamu Ya Allah, siti hawa tinggalkan kami sebab itu janji dia pada Penciptanya."Allah cuma nak uji kami"(itu kata-kata doktor tu semalam.Rasa terharu dgr kata2 doktor tu), mungkin DIA nak bagi yg lebih baik lepas ni dan siti hawa tetap buah hati kami yg terbaik di syurga sana.

Pagi ni, abah bagitau ibu, ada check untuk arwah siti hawa dari company dia lagi (dulu dah dapat dah, hari ni dapat lagi.Alhamdulillah..rezeki bidadari syurga kami).
Sejak dari dlm rahim ibu lagi rezeki untuk dia dah ada.Kalau dihitung kesemuanya mencecah 4 angka juga.Insyaallah semuanya akan kami salurkan atas nama arwah siti hawa.Moga pahala yang mengalir ini akan sampai buat penghuni syurga kami.Amin...


**Dah 3 minggu tak ziarah istana kecil dia, rindunya rasa.Insyaallah nak pergi ziarah juga hujung minggu ni.

Thursday, 18 August 2011

pesanan cik dania untuk en.pos laju

Hari nie genap 2 bulan pemergian buah hati kesayangan ibu arwah siti hawa.Ibu ada appointment dengan O&G pagi ni.Semalam ibu dapat message dari sorang teman bahawa barang yg ibu pesan berkemungkinan besar akan sampai hari nie.Memandangkan ibu akan ke hospital dan tak sure lagi akan sampai rumah pukul berapa so..ibu tinggalkan pesanan ni untuk en.pos laju :~


Sure semua pelik kan, nape sampai kena tinggalkan note macama ni kat pintu pagar.Belajar dari pengalaman lepas2.Pos laju kat sini memang kurang professional dlm bekerja.Sepatutnya bila pemilik rumah tu tiada di rumah semasa parcel dihantar, diorang kena tinggalkan note untuk buat tuntutan kan.Tapi kat sini memang takde.Tanpa sebarang notis, parcel tu dah kena return kepada pengirim.Sungguh menyusahkan bila terpaksa buat pengeposan semula.Dah banyak kali kena.so..kali ni taknak terkena lagi.



Ha..ha..yang bestnya cik dania pun nak titipkan pesan kat en.pos laju gak.Tak perasan bila dia buat note nie, tetiba abah nampak dah cantik tergantung kat basikal dia :~


Siap ada 'selamat tinggal' lagi tu."Dania, kalau macam ni note untuk en.pos laju, alamatnya confirm parcel untuk ibu tak sampai" :p.

Wednesday, 17 August 2011

17 Ramadhan~mencari 'mood' nak buat kuih raya

hari ni dah 17 hari kita berada dlm bulan Ramadhan.Lagu raya pun dah kedengaran sana-sini tapi 'mood' nak raya ni tak juga kunjung tiba.Nape ek?Haritu dania tanya bila ibu nak buat kuih raya coz cikgu dia tanya, ibu tak buat kuih ke?semalam my MIL pulak yang tanya.Nasib baik dia tanya kat cucu dia, so..abahnya tolong cover kan(he..he.. thank you darling).Haishh..nape malas sangat ni.

Ingat next week nak mula kot.Harap-harap 'mood' tu dah ada.Buat yg simple-simple dahla.Lagipun kitorang 3 beranak ni bukannya suka makan raya cookies sangat.Kalau kerepek2 tu oklah.Tapi takkan nak jamu tetamu datang beraya ngan biskut lemak aje kan.So..buatlah serba sikit yg mudah2 tu(sesuai utk orang 'rajin' macam ibu ;p).

Niat hati nak buat cookies nie:~


Dah siap google resepinya lagi.Tapi boleh tahan gak lecehnya nak buat nie.Tengoklah kalau tetiba rajin nanti.Kalau tetiba penyakit 'm' datang, gi tunjuk kat kedai ajelah kan.

Tuesday, 16 August 2011

~menu berbuka semalam~

semalam en.hubby request nak makan ketam goreng bercili.Honestly, ibu tak pernah masak menu ni since en.azlan sah menjadi suamiku.Biasalah anak perempuan tunggal ni memang kebanyakannya macam ni.Tak pandai masak.(he..he.. alasan jer tu, yang sebenarnya word yg paling sesuai untuk ibu is 'pemalas').Dulu masa single mingle lagi, semua mak buat.Cakap jer nak makan apa, pagi minta, tengah hari dah siap.

Seingat ibu, masa lum kawin ngan abah dulu, ibu tahu masak yg simple2 jer (haish..bukan masak air tau!).Setakat nasi goreng, sambal tumis dan goreng2 sayur tu boleh la.Kalau nak rendang, kari, dan yang remeh-remeh tu memang tak pandai.Lepas kawin baru belajar sikit-sikit.Ingat lagi bulan-bulan pertama pas kawin(hi..hi..pengantin baru lagi masa tu),almost everyday call mak nak minta resepi.Nasib baik en.hubby pandai juga masak.Pastu dah lama-lama sikit, minta resepi kat MIL pula.Bila balik kg tu tolong2 mak masak, sambil tu minta resepi. Senang nanti nak masak untuk anak mak :)

Now after 6 years, alhamdulillah dah boleh masak macam-macam.Credit to my hubby and a lot of thanks to my mak and MIL.Setakat nak jamu tetamu datang rumah tu, insyaallah takkan menghampakan selera kalian (cewah..).Biasanya en.hubby yang akan tolong google resepi bila kitorang nak try resepi baru.Kalau ada free en.hubby akan print dan filing cantik-cantik supaya senang nak refer nanti.Pastu sama-sama ke dapur dan masak bersama-sama.Kadang-kadang cik dania pun sibuk gak kat dapur tu.Dah macam main masak-masak dah kitorang kat dapur tu (takpe yg penting ada 'kebahagiaan' di situ).

Okey, kat bawah ni menu kami semalam.Simple tapi menyelerakan.Alhamdulillah rezeki dari Allah.

ketam goreng cili, pak choi sos tiram dan ikan keli goreng(kepala tak sempat buang) dan kuih muih(cap tunjuk)

memohon zuriat dengan zikir nama Allah

copy paste dari blog :~


Memohon Zuriat Dengan Zikir Nama Allah

Salam Sahabat Semua...

Sempena bulan penuh barakah ini, saya nak share sedikit info yang saya dapat dari surat khabar mengenai amalan yang boleh dilakukan dengan menggunakan salah satu nama Allah bagi memohon zuriat.

...Tiada Tuhan yang Layak Disembah Melainkan Allah SWT...

Insya Allah, di bulan yang mulia ini, doa kita akan didengar oleh Yang Maha Esa. Allah telah mengatakan: 'Mintalah daripadaKu dengan menyebut nama-namaKu' - Hadis Qudsi.

Dalam 99 nama-nama Allah terdapat salah satu nama yang boleh diamalkan iaitu;

AL-MUSAWWIR
Maha Menjadikan Rupa Bentuk

"Ya Musawwir!" sekiranya seorang isteri yang sudah lama belum mempunyai anak, maka cubalah ikhtiar ini dengan berpuasa selama 7 hari dari hari Ahad hingga Sabtu. Di waktu hendak berbuka puasa, ambil segelas air dan dibacakan "Ya Musawwir" senayak 21 kali, kemudian diminum air tersebut untuk berbuka puasa. Bagi sang suami, hendaklah berbuat perkara yang sama tetapi hanya dengan berpuasa selama 3 hari. Kemudian pada waktu hendak berjimak, bacalah zikir ini sebanyak 10 kali, Insya Allah akan dikurniakan anak yang soleh dan solehah.

Allah SWT berfirman:

"Berdoalah kepadaKu, nescaya Aku perkenankan permohonanmu"

Buat teman-teman yang telah lama berusaha, mungkin dengan amalan ini pada bulan Ramadhan ini, akan lahir keajaiban...insyaallah... =)

Monday, 15 August 2011

~hobi baru~

Sejak kahir-akhir ni, ibu ada satu hobi baru.Ibu suka snap picture yang jarang-jarang kita dapat lihat situasi ni walaupun cuma guna kamera hp jer(tak mampu nak beli dslr lagi).Tak kiralah kat mana dan bagaimana keadaannya, kalau rasa menarik jer sure nak snap punya. Ibu nak buat kenangan sebab moment macam ni jarang-jarang ibu dapat lihat.For example situasi kat bawah ni.Rasanya setahun sekali je dapat tengok situasi kat bawah ni:-


Bila tengok keadaan macam ni, mood nak shopping pun terus hilang.Tak sanggup nak redah orang ramai-ramai macam ni (dah macam semut hurung gula pun ada).Tapi kalau situasi macam ni dalam setahun berkali-kali kita dapat tengok.Maklumlah buat kata bos abah (japanese), orang Malaysia ni suka shopping (termasuklah 'tuan tanah' blog ni :p) sebab dalam setahun ada berapa kali sale itu belum masuk lagi Mega Sale .Agak-agaknya gambar kat atas ni kat mana ye?ha..cer teka..cer teka..:)



oppss..gambar ni takde kaitan ngan hobi ibu ye(nnt org ingat ibu nak skodeng punggung orang pulak *wink*).Sebenarnya gambar ni abah yg snap.Abah teringin nak beli bag ladybird tu untuk baby dia haritu.Tapi tak sempatlah pulak sebab siti hawa dah 'pindah' rumah baru.So..abah beli lain kali ajelah ye.Insyaallah next year abah dah boleh beli kot :)




Picture ni tak clear sangat coz abah curi-curi snap picture nie(takut orang ramai-ramai kat tangga tu perasan pulak yg kitorang curi-curi ambil gambar diorang tengah syok makan).Waktu ni memang best, sebab kitorang berbuka beramai-ramai dan dimana-mana saja di kawasan tu.Waktu tu semua orang tengah berbuka puasa.Kalau diamati betul-betul gambar nie, kat tangga tu penuh dengan orang.Belum lagi kat meja belakang kitorang, masing-masing kusyuk dengan juadah masing-masing.Moment ni memang boleh tengok setahun sekali jer.Yelah kalau waktu2 biasa takkan orang nak makan kat tangga kan.Tak senonoh pulak gayanya.


Dan akhir sekali, inilah 'cameragirl' kami.Pantang nampak kamera habis semua gambar dia 'sebat'.Gambar bunga, kasut, toys even gambar tangga pun dia nak snap.Kalau kat luar, gambar board iklan kat tepi jalan yang paling dia suka tangkap.Inilah dia buah hati ibu ngan abah a.k.a kakak siti hawa, Nur Dania Allisya :-

Dah macam 'pro' gayanya


Tengah tunggu nak dinner pun sempat snap picture makcik dia


Dalam kereta dan di mana-mana saja, bila mood dia okay siaplah semua dia 'terjah'


"Oppss Dania, kain terselak tu" :)


Dania yang 'pantang' nampak camera :)

Sunday, 14 August 2011

~mimpi mereka yang telah pergi~

Beberpa hari lepas ibu mimpi kan arwah atuk ibu :), pernah juga mimpikan atuk dan opah sebelum nie tapi mimpi kali ni lain sikit.Terasa macam benar-benar atuk datang ziarah ibu, rasa dekat sangat dengan dia masa tu.Rasa bahagia dengan mimpi kali nie. Berkat bulan mulia ni agaknya.

Atuk datang hanya menjengah tanpa kata, nampak dia baik-baik aje.Mudah-mudahan atuk, opah, papa, tok, wan dan puteri kesayangan ibu siti hawa baik-baik aje dan berbahagia di sana. Doa ibu tak pernah putus pada mereka yang telah pergi.Moga Allah tempatkan semua orang yang ibu sayang di tempat terbaik di sisiNYA. Bila agaknya siti hawa nak 'hadir' dalam mimpi ibu.Terus sabar menanti detik itu :)

Sunday, 7 August 2011

menu berbuka

hari ni nak saja nak tempek menu berbuka beberapa hari ni kat dalam blog nie.


Ramadhan pertama:-






stew ayam









menu berbuka kelmarin (friday:5 Ramadhan):-




terubuk bakar~ segar dari dalam kuali (en.hubby snap pic ni, tak sempat nak masuk dlm pinggan lagi)







pak choi sos tiram dengan udang kering





lemak cili api ikan cencaru (ikan ni jer ada dalam freezer haritu)
dessert : bubur durian dgn lempeng (tak sempat nak snap pic)







menu berbuka semalam (sabtu:6 Ramadhan):-



Bawal sweet sour + kailan ikan masin + ayam goreng + buah melaka + agar2 + popia goreng (kuih beli jer)


** hari ni ingat nak buat pasta goreng. saja nak ubah selera :)

Saturday, 6 August 2011

~I'm proud to be a woman~

KUASA LAYANAN PEREMPUAN

Kaum lelaki mudah goyah dan alah dengan layanan yang baik, apa lagi dari perempuan yang sangat dikasihi seperti isteri dan ibu. Layanan baik yang disalurkan kepada orang yang berhak menerimanya, bukan sahaja mendatangkan keredhaan Allah tetapi memungkinkan apa yang diminta akan dipenuhi dengan mudah.


KUASA DOA PEREMPUAN

Doa perempuan lebih makbul dari lelaki kerana sifat penyayangnya lebih kuat dari lelaki. Sebagaimana hadis Rasulullah saw :

"Doa ibu itu lebih cepat makbul." Orang bertanya :" Kenapa ya Rasulllah ?" Jawab baginda :" Ibu lebih penyayang dari bapa dan doa dari orang yang penyayang tidak akan sia-sia."


KUASA TAKWA PEREMPUAN

Ketakwaan adalah kuasa paling sempurna dan terbaik dalam menangani apa jua masalah. Orang yang paling bertakwa adalah orang yang paling dikasihi Allah. Allah tidak akan membiarkan orang yang dikasihiNya melainkan dipelihara serta sentiasa dirahmatiNya.

Kuasa takwa lebih mudah diperolehi oleh perempuan berbanding lelaki kerana kehalusan budi yang ada pada perempuan adalah merupakan penjara daripada melakukan hal-hal yang mendatangkan dosa. Berbanding lelaki yang sebahagian hidupnya berada di luar rumah serta terdedah kepada pelbagai godaan, cubaan dan ujian.

Kekuasaan takwa ini pula oleh kemuliaan yang diberikan oleh Allah swt sehingga setiap lelaki pasti memerlukan perempuan untuk menghirupkan udara ini atau dalam perkataan lain setiap lelaki pasti dilahirkan oleh perempuan kecuali Nabi Adam a.s.

Sekuat-kuat lelaki, kuat lagi perempuan kerana lelaki itu sendirinya datang dari perut perempuan yang menghamilkannya dan melahirkannya ke dunia, kemudian menatih, mendidik,memelihara dari kecil hingga dewasa.

Kemuliaan perempuan akan lebih nyata, jika ditambah dengan ketaatan kepada kaum lelaki yang berhak atasnya sebagaimana maksud hadis Rasulullah saw :

"Perempuan yang taat kepada suaminya, semua burung diudara, ikan di air, malaikat di langir, matahari dan bulan : semuanya beristighfar baginya (isteri) selagi mana ia masih taat kepada suaminya dan diredhainya (serta menjaga solat dan puasanya)."



KEKALKAN KEMULIAAN PEREMPUAN

Kalau demikian tinggi dan hebat kemuliaan dan kedudukan perempuan,

wajiblah dipelihara dengan sebaik-baiknya kerana jika Allah mencabut kemuliaan itu, perempuan akan menjadi amat hina hingga tiadalah tempat lain yang lebih berhak baginya kecuali neraka.

Ya Allah, kekallah kami sebagai perempuan yang penuh dengan kemuliaan dan berkedudukan tinggi di sisiMu dan peliharalah kami dari ujian yang tidak mampu kami lakukan dan kami memohon kepadaMu agar diberikan kekuatan dalam melaksanakan kebaikan kepada meraka yang berada di sekeliling kami. Amin ya rabbal ' alamin.



PANDUAN UMUM AL-QURAN DAN AS-SUNNAH TERHADAP KEDUDUKAN WANITA

Wanita dan lelaki adalah sama dari segi kemanusiaan. Mempunyai hak dan kewajiban yang sama dalam melaksanakan tugas-tugas agama.

Islam menghapuskan tuduhan yang dilemparkan oleh ahli-ahli agama sebelum Islam yang merendahkankedudukan wanita.

Islam memerintahkan manusia supaya memuliakan wanita sebagai anak kecil, isteri dan ibu.


KEDUDUKAN WANITA DALAM SYARIAT ISLAM

Islam menganjurkan supaya wanita diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan/pelajaran yang sama dengan kaum lelaki.

Islam menetapkan asas-asas institusi keluarga yang menjamin kepentingan wanita.


TANGGUNGJAWAB DAN KEWAJIBAN WANITA MENURUT SYARIAT ISLAM

. Tanggungjawab sebagai hamba Allah

. Tanggungjawab sebagai isteri

. Tanggungjawab sebagai pemimpin yang membantu suami dalam urusan rumahtangga

. Tanggungjawab sebagai pendidik generasi akan datang

kalau tak comel tak sedih ke?

Semalam tetiba rasa nak buka blog umisofie (rakan dari forum RH).Sebelum ni pernah singgah kat blog tempat umi simpan resepi (bestlah..boleh buat revision kalau takde idea nak masak apa) but last night rasa macam nak singgah kat blog umi yang satu lagi.

Baru ibu tahu yang umisofie ada anak istimewa.sofie,satu-satunya bunga dalam keluarga umisofie. Sofie menghidap sindrom down dan beberapa masalah kesihatan lain. Namun,puteri comel ini cukup bertuah kerana ada umi, abi dan family yg sangat2 sayang padanya.Rasa bangga dan respect dengan umisofie atas sikap positifnya dan tabah dalam mengharungi pelbagai dugaan.Betapa umisofie terlalu sayangkan sofie hingga umisofie tidak bersdia untuk menerima kehadiran anak perempuan lagi sebab umisofie takut kasih dan sayangnya pada sofie akan berubah bila ada anak perempuan yang normal.

Bila baca luahan kasih sayang umisofie pada sofie tetiba ibu teringat kata-kata seorang hamba Allah ni.Masa hari pertama ibu kehilangan siti hawa dulu(ketika tu siti hawa masih dalam rahim ibu), adalah beberapa orang datang berziarah ke rumah.Biasalah kan tentunya kehadiran mereka untuk memberi semangat buat ibu yang ketika itu cukup rapuh hati dan semangat untuk menghadapi hari-hari seterusnya.

Ada yang bertanya pada ibu, tak sedih ke?tentulah ibu sedih.9 bulan kita hidup bersama, kemana saja pasti bersama tidak pernah berpisah walau sesaat pun. Bila sampai masa dan ketikanya kita terpaksa 'berpisah' sudah tentu ibu sedih.Tiba-tiba hamba Allah tu berkata "kalau keluar nanti comel lagilah sedih". Terkedu ibu mendengarnya.

Tak fahamlah dengan orang macam ni.Kenapa? kalau anak tu lahir tak sempurna atau tak comel tak sayang ke? Tak rasa sedih ke? Bagi ibu, walaubagaimanapun keadaan siti hawa ketika dilahirkan, sama ada cacat, comot atau hodoh sekalipun, ibu tetap sayangkan siti hawa cinta hati ibu. Tanyalah mana-mana ibu yang pernah merasai kehilangan sepertimana yang ibu rasakan, walaubagaimana rupa anak kita ketika dilahirkan, sedih dan pilunya tetap sama.Tak berbeza walau sedikitpun rasa kesedihan antara kehilangan anak comel atau sebaliknya.

Lebih 9 bulan berkongsi nyawa. Kemana-manapun kita bersama. Tak pernah berpisah walau sesaat pun hingga ajal menjemputmu. Kasih sayang ibu tetap sama. Alhamdulillah siti hawa lahir dengan sempurna sifatnya. Tiada sedikitpun cacat celanya. Comel, sungguh comel permata hati ibu. Andai saat itu siti hawa lahir tidak sempurna sifatnya, kasih ibu takkan berubah walau sedikitpun. Kesedihan dan kehilangan yang ibu rasa tetap sama. Kerinduan yang ibu rasakan juga tetap sama. Tiada apa yang boleh mebezakannya.

Kisah umisofie menyedarkan ibu, bahawa anak itu anugerah yang paling berharga. Tak kiralah bagaimanapun keadaan anak kita, sayangnya tetap sama. Sungguh kagum dengan umisofie. Moga hati ibu juga sekuat hati umisofie walaupun cara kita diuji tak serupa namun misi kita sama. Mencari redha Ilahi. Umisofie berjuang demi sofie, ibu berjuang demi bidadari syurga ibu. Berjuang untuk hapuskan kesedihan ini (nampak mudah tapi sebenarnya sukar untuk menepis kesedihan ni)

Friday, 5 August 2011

7 kebaikan airmata yang menangis


1. Membantu penglihatan

Air mata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cairan yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada membran mata yang membuat penglihatan menjadi kabur.

2. Membunuh bakteria

Tak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai anti bakteria semulajadi.

Di dalam air mata terkandung cairan yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteri-bakteri yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandung bakteri, hanya dalam 5 minit.

3. Meningkatkan mood

Seseorang yang menangis menurunkan level depresi dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali.

Air mata yang dihasilkan dari menangis emosi mengandung 24% protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.


4. Mengeluarkan racun

Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari menangis emosional adalah mengandungi racun.

keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia mengeluarkan racun dari dalam tubuh melalui mata.


5. Mengurangi stress

Bagaimana menangis mengurangi stres?

Air mata mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalin dan prolactin.

Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.


6. Mengenal erti sosial

Selain baik untuk kesihatan fizik, menangis juga membantu seseorang membangun sebuah komuniti dlm masyarakat.

Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya dgn teman-temannya atau seseorang , dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dan juga bersosialisasi.


7. Melegakan perasaan

Semua orang ingin merasa demikian.

Walaupunpun Anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega.

Setelah menangis, sistem limbik, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega.

Keluarkanlah masalah di fikiranmu dan menangis, jangan dipendam lama2 perasaan itu.


Jadi, Anda tidak perlu merasa malu menangis sesekali.

Thursday, 4 August 2011

dania bangun sahur

Hari ni dah 4 Ramadhan, dah 4 hari umat islam berpuasa. Alhamdulillah kakak pun dah boleh puasa penuh semalam.2 hari sebelum tu dapat setengah hari je. Masuk jam 1ptg kakak dh mula tanya, "ibu, puasa tak boleh minum air ye." bila igt semula yang kakak tak bangun sahur, ibu pun tak sampai hati nak suruh kakak teruskan puasa.

Itu kisah 3 hari lepas, semalam kakak dah boleh puasa penuh.Walaupun kakak ada tanya air ptg smlm, ibu suruh kakak sabar dan Alhamdulillah kakak dpt bertahan sampai petang. Waktu sahur pun kakak dah tunjukkan progress yang bagus.

1 Ramadhan : kakak tak bangun sahur langsung. Nyenyak sungguh dia tido.
2 Ramadhan : kakak buat muka nak nangis bila abah kejutkan dia.setelah dipujuk,
akhirnya kakak bangun juga tapi sambung tido kat bawah tanpa bersahur.
3 Ramadhan : kali ni kakak tak nangis dah. Kakak minum milo suam je (dania dpt
puasa penuh hari ni)
4 Ramadhan : pagi ni kakak makan sahur. Milo suam dan roti sosej. Ibu harap kakak
dpt puasa penuh hari ni.

Bagi ibu dlm mendidik kakak berpuasa, ibu tak boleh strict sangat sbb nanti kakak berpuasa bukan sebab ikhlas tp sbb terpaksa (takut ibu dia marah).Biarlah kakak tahu bahawa puasa tu antara 'laluan' kita utk ke syurga bertemu siti hawa. Itu yang ibu selalu cerita kt kakak. Kalau kakak nk jumpa adik, kakak kena solat, puasa dan jd anak yang baik. Tak boleh lawan cakap ibu dan abah. Moga kakak jadi anak yg baik

Wednesday, 3 August 2011

~Melentur buluh biar dari rebungnya~


Orang kata melentur buluh biar dari rebungnya.Alhamdulillah dania dah pandai ikut abah dan ibu dia solat since dia berusia 3 tahun lagi.Masa awal-awal tu kalau kita solat 4 rakaat dia satu rakaat jer.Rakaat kedua dah merayau merata-rata dengan telekungnya sekali.Bila sampai tahiyat akhir dia akan duduk semula atas sejadah dan ikut ibu bagi salam.Nak tahu sebab apa kakak duduk semula masa tahiyat akhir?sebabnya dia nak salam dan cium ibu dan abah dia lepas solat.

Alhamdulillah..sekarang dania akan tetap berada di atas sejadah tu sehingga ke rakaat terakhir walaupun sometimes ada jeling-jeling ke tempat lain juga.Lepas nie ibu nak ajar kakak bacaan dalam solat.

Ibu ingat lagi masa kakak usia dalam 2 tahun, memang dugaan bila ibu nak solat.Tambahan lagi kalau masa tu abah takde kat rumah(takde orang nak monitor kakak).Pernah sekali masa ibu duduk di antara 2 sujud, dania datang dari belakang dan peluk ibu.Bayangkan apa terjadi bila ibu sujud, kakak tertonggeng ke depan. Bukannya dia nangis malah gelak.Kadang-kadang, masa ibu tengah solat tu lah dia nak tanya macam-macam.Selagi ibu tak jawab, kakak akan tetap berdiri kat tepi sejadah dan terus bertanya.Memang susah ibu nak dapat solat dengan kusyuk masa tu.

Tapi itu semua pengalaman manis buat ibu.Jika dulu kakak suka kacau ibu semasa solat, sekarang dia yang tolong susunkan sejadah waktu nak solat.Alhamdulillah, tak susah nak didik dania.Anugerah terindah dari Allah buat abah dan ibu.Sama macam siti hawa, tak susah nak melahirkan dia.Syukur padamu Ya Allah atas kurniaan ini.

~ Allah kasihkan kita~

Post nie ibu copy dari blog ashlia (sory ye ash, yana copy jer dari blog ash). Sungguh terharu baca komen orang nie.Terasa betapa bertuahnya ibu menjadi insan yang dipilih Allah untuk menerima ujian ni.Mari sama-sama kita renungkan kisah nie :-

i baca buku indahnya kematian- zaman Rasulullah ada sorang ni dia mimpi- sapa tah tak ingat - but his story prove that alam barzakh ada

pasal dia byk dosa and dia ada anak pompuan yg meninggal muda/kecik

so lepas dia mati dia jumpa orang hensom tua macam muka dia
then dia jalan lagi (perjalanan ke padang masyar) jumpa ular besar then masa dia nak lari dari ular tu ada sorang budak pompuan selamatkan dia
d girl said u re my dad-
dia tanya sapa lelaki tua hensom tu oo tu amal baik ayah 0 budak tu kata
ular tu? amal buruk ayah but since
amal baik ayah sikit lelaki tu tua tak da tenaga nak selamatkan ayah
so here i am to help you

adakah dia.....

Pagi nie lepas hantar kakak ke sekolah ibu baring-baring sambil tengok tv.Nak mengaji tak boleh lagi.Nak buat kerja rumah sangat pun tak berapa nak berani lagi(pantang tak habis lagi).So..terus terlena.

Dalam lena tu, ibu mimpikan sorang baby.Rasanya usia baby tu dalam 6 bulan++ sebab ibu nampak dia besar.Baby perempuan dan kulitnya sawo matang macam kulit kakak masa baby(sekarang kakak dah gelap sikit sebab kuat main panas).

Ibu tak ingat sangat situasi dlm mimpi tu.Bila terjaga ibu dah tak dapat nak imagine situasi masa dalam mimpi tu cuma yang ibu ingat ibu main ngan baby tu dan dia perempuan usia dalam 6 bulan++.

Adakah itu siti hawa? anak kesayangan ibu yang ibu rindukan sangat-sangat.Ibu tak pasti.Cuma yang ibu tahu, ibu rasa bahagia dan happy sangat masa tu.Sejak lahirkan siti hawa hingga saat ini ibu selalu berdoa dan memohon pada Allah agar 'pertemukan' ibu dengan siti hawa dalam mimpi ibu.Namun ibu masih belum berkesempatan 'bertemu' dengan puteri kesayangan ibu nie lagi.

Takpe..Allah maha Penghasih dan Penyayang.Kalau bukan sekarang mungkin satu masa nanti akan tiba saatnya kita 'berjumpa' walaupun cuma dalam mimpi.Ibu harus sabar dan terus berdoa pada Allah.

Jika yang ibu 'temui' dalam mimpi tadi adalah siti hawa, ibu gembira sebab ibu tahu anak ibu bahagia sangat sekarang nie.Ibu ingat lagi baby tu senyum2 jer kat ibu.Dia duduk atas stroller masa tu.Bila ibu agah dia, dia senyum macam baby2 lain.Ya Allah terima kasih atas anugerah ini.

Tuesday, 2 August 2011

~hadiah dari abah~

Petang nie, balik dari kerja abah bawa balik bungkusan nie :-

punyalah ibu exited so..tak tunggu lagi bila abah kata "bukalah",dengan pantas ibu buka dan nampak pulak kotak nie:-

nampak kotak jer dah exited, apalagi kalau nampak isi dalamnya:-


senyum sampai ke telinga ibu petang nie.Kebetulan jam ibu dah 'mati' beberapa bulan lepas(rasanya habis bateri, tak sempat hantar kedai lagi).Abah terus suruh ibu pakai :-

he..he..'jakun' dapat jam baru :)

Anyway, thanks sayang sebab bagi hadiah nie walaupun bukan pada hari-hari istimewa ibu(besday or anniversary).Kalau nak bagi reward tu tak semestinya nak kena tunggu special day ajekan.hari-hari biasa pun boleh kalau kita nak.love u abah...(everytime and everyday sayang, bukan time dapat hadiah jer)

patah kaki ketika ber'shopping'


Petang semalam ketika di bazaar ramadhan, abah bagitau ibu yang clerk kat tempat kerja dia patah kaki.

abah : "yang, kakak AA kat office tu patah kaki"
ibu : "la nape, accident ke?"
abah : "taklah, patah kaki masa tengah shopping.Tetiba dia terjatuh."

Insiden tu terjadi sabtu lepas di jalan TAR.Hari yang sama ibu, abah ngan kakak ke sana.Masa dengar tu rasa simpati pun ada, pelik pun ada.Jarang-jarang kita dengar orang gi shopping sampai patah kaki.Tapi benda nak jadi kan, kat mana-mana atau dlm keadaan apa pun boleh terjadi.

Kata abah, puncanya cuma dia terjatuh ketika berjalan.Kebetulan sabtu lepas memang 'crowded' sungguh area jalan TAR.Ramainya macam dah nak raya sesangat.Padahal baru nak sambut puasa.Nasib baik tak jadi apa-apa yang tak elok ketika ibu berada di sana sabtu lepas.Bayangkan kalau ibu terjatuh atau ada yang terlanggar ke.Pantang ada lagi 4 hari masa tu tapi kaki ni dah 'gatal' sangat nak jenjalan.

Khabarnya kakak tu planning nak makan kat hotel petang tu dengan kawan2 dia (saja nak makan2 sebelum sambut puasa).Tapi akibat kejadian tu, tak sempatlah nak makan2.Terus gi hospital.Malangnya, antara ribuan orang yang ada kat situ ketika tu,tiada seorang pun yang sudi nak bantu dia.Lastly kenalah tunggu husband dia datang dari rawang untuk bawa dia ke hospital.Sedih kan, masih ramai yang bersikap 'selfish' kat kl ni rupanya.

Semoga kak Saadiah cepat sembuh (rasanya makan bulan nak sembuh coz nak kena masuk screw kat kaki dia).Ibu pernah jumpa dia beberapa kali.Dan orangnya memang baik. Pengajaran buat ibu juga lepas nie, kalau jalan2 jangan sampai lupa siri sebab 'malang tidak berbau'.

Monday, 1 August 2011

~rindu nak memandu kereta~


Hari nie ibu dah 42 hari pantang.So..cuma tinggal 2 hari jer lagi sebelum ibu 'merdeka'.Tak payah lagi nak pakai kain batik(sebelum ni ibu jarang2 pakai kain batik) dan tak payah lagi nak bakar tungku).Tapi bab-bab makan dan minum ibu still kena pantang lagi.Tak boleh 'sentuh' air sejuk dan makanan tajam atau berbisa.

Sejak ibu mengandungkan siti hawa, ibu memang jarang-jarang dapat 'drive' kereta.Kalau abah izinkan pun, cuma untuk ke klinik kesihatan dekat rumah nie(jarak tak sampai 1km) dan hantar kakak ke sekolah jer.Yang lain sume abah yang hantarkan. So..kalau ibu perlu buat MGT dan ultrasound di Serendah ataupun perlu jumpa pakar O&G abah akan akan ambil cuti.Tak kiralah sekerap mana pun appointment tu,abah tetap akan apply cuti untuk temankan ibu.

Sebabnya ibu ada placenta previa sejak awal kehamilan lagi.Abah takut kalau ibu lasak-lasak sangat nanti ada bleeding pulak.Betapa baik, sayang dan cintanya abah pada ibu, kakak dan siti hawa.Tapi, since abah tak bagi dah ibu drive jauh-jauh, ibu mula rindu nak drive balik.Bayangkan sejak ibu dapat tahu siti hawa dah ada dalam rahim ibu (november 2010), ibu jarang dapat memandu.Semuanya di hantar oleh abah.

So..lagi 2 hari jer lagi.Pastu dah dapat 'lesen' semula.Harap-harap kaki ni tak keras dan tak confuse yang mana satu pedal minyak dan pedal brek.Nasib baik kereta auto, kalau manual mahunya mati enjin tengah jalan kot.(teringat kisah 5 tahun lepas, bila ibu kena hon gara2 mati enjin kat traffic light hu..hu..)Bayangkan start dari lampu hijau sampai merah semula kereta tak jalan2 jugak.Mahunya tak hangin orang belakang.Malu tak yah cakaplah, sume orang tengok dahtu senyum2 jer diorang sebab nampak driver nye perempuan.hai..kenangan...kenangan...