Thursday, 16 May 2013

"Selamat Hari Guru Cikgu"


"Kaulah pelita yang menerangi hidupku, tanpamu hidup tak beerti.....".Terkesan sungguh di sanubari mendengar bait-bait lagu nie.Teringat kenangan alam persekolah yang dah berbelas tahun ditinggalkan.Rindu zaman kanak-kanak, 1 kelas kena denda berdiri atas kerusi sebab bising, kena piat telinga bila tak dapat jawab soalan, kena rotan sebab tak hafal sifir.Huhuhu...semuanya kenangan indah buat saya.


Masih ingat lagi waktu saya dalam darjah 3, masa tu guru bahasa inggeris saya adalah wanita india (lupa dah nama dia).Cikgu nie dah agak berumur, maybe dalam 5-6 tahun lagi nak retire.Cikgu nie tersangatlah tradisional sebab hari-hari dia akan pakai sari ke sekolah.Kagum pun ada sebab dah susah nak jumpa wanita  india yang hari-hari pakai sari.Tiap kali subject english, cikgu akan suruh kami duduk bersila di depan papan hitam (sekarang ni semua pakai whiteboard kann).Sambil mengajar cikgu pun akan mundar-mandir kat depan papan hitam tu.So..faham-fahamlah...kami pun kena mendongak utk tengok apa yg cikgu tulis.Yang kelakarnya tiap kali cikgu suruh duduk kat depan, kami akan bertolak-tolak sebab masing-masing nak duduk bahagia belakang.Kalau boleh, sorang pun taknak duduk barisan depan sekali.Tahu sebab apa???Haha....boleh dikatakan sesiapa yg pernah duduk barisan depan sekali akan merasa pijakan dari tumit kasut cikgu tu.Huhuhu....bayangkan pijakan dari heel 2", merah padamlah muka menahan rasa sakitnya.Nak menjerit tak berani, so..tahan dalam hati ajelah.Rindu sangat-sangat kat cikgu semua.


Hari nie sambutan hari guru di sekolah Dania.Abah tanya, nak beli berapa hadiah utk cikgu?Dania kata "1 ajelah, utk cikgu Siti Khadijah" (guru kelas dia).Tahun lepas Dania bawa 3 hadiah utk cikgu kesayangan dia, sudahnya dia bawa balik 2 sebab segan nak bagi.Kebetulan untuk guru kelas memang ada slot anak murid naik pentas utk beri hadiah pada guru kelas.Kalau tak...memang semua hadiah dia bawa balik.Dalam seminggu tu saya suruh dia bawa ke sekolah dan beri pada cikgu bila cikgu masuk kelas, alasan dia, "ala...lupa lah ibu" (lupa ke malu...)


Esok sambutan hari guru di SRA Dania.Hadiah utk esok tak beli lagi sbb malam tadi keluar rumah lewat so...agak kelam kabut.Malam nie akan keluar utk cari hadiah lagi.Untuk esok special sikit sbb Dania nak buat kad utk ustazah dia.Bila saya tanya, kenapa utk ustazah ada kad, utk cikgu Khadijah takde kad?sebab ustazah kata siapa punya kad paling cantik akan dapat hadiah, laaaa...sebab itu ker.





 Hadiah ni ibu yang balut sebab dah tak sempat.Balik dari beli hadiah malam tadi Dania dah tertidur dlm kereta.Sepanjang minggu nie Dania ada latihan sukaneka di sekolah.Biasanya dalam pukul 10 Dania mmg dah tidur.Pagi tadi waktu Dania ke sekolah agama, ibu tolonglah balutkan,Nak tunggu dia balik nnt memang agak kelam kabut lah.Mana nak makan lagi bersiap utk ke sekolah lagi.Dania cuma posing dgn hadiah jer.

Saya pesan pada Dania, tidak kita segarang mana pun cikgu, kita wajib hormat pada dia kerana tanpa restu cikgu kita takkan berjaya dalam pelajaran.Bukan hari ini sahaja kita perlu kenang jasa guru malah hari-hari cuma hari ini kita raikan dengan cara istimewa.

"Guru pertama kita adalah Ibu", setuju??? ibu yang mengajar kita erti kehidupan, melalui ibu  kita pandai meniarap, merangkak, bertatih,berjalan, dan ibu jugalah yang mula-mula sekali meperkenalkan ABC pada kita.Guru adalah permudahcara untuk kita terus belajar pendidikan formal di sekolah.Selamat hari guru juga buat semua ibu.



Sunday, 12 May 2013

Penghargaan dari seorang anak

































































Antara hasil tangan aka luahan hati Dania.Sejak kindergarten lagi Dania suka menulis dan melukis di atas kertas kosong.Biarpun tulisannya tak cantik dan lukisannya biasa-biasa saja namun bagi ibu seperti saya amat besar ertinya dan terlalu mahal harganya kerana apa yg diluahkan oleh kanak-kanak itu jujur dari hati dan sanubarinya.


Sempena hari ibu ini, ingin saya coretkan betapa bersyukurnya saya diberi kesempatan oleh Allah untuk bergelar seorang ibu.Diberi peluang untuk merasa keindahan bergelar seorang wanita hamil, mengalami rasa sakitnya ketika melahirkan, menikmati kegembiraan menyambut kehadiran zuriat penawar hati dan diuji dengan kehilangan seorang permata hati, Siti Hawa.Subhanallah...betapa kasihnya Allah pada saya.








Hadiah dari Dania.Katanya nak beli bunga kat sekolah untuk ibu tapi 3 hari ulang-alik ke koperasi sekolah bunga dah habis katanya.Akhirnya dia ajak abah ke kedai bunga pagi semalam.Meskipun hanya sekeping kad dan tanpa hadiah mahal namun ingatan dan penghargaan dari seorang anak terlalu tinggi nilainya buat saya.







Selamat hari ibu buat mak dan ibu mertua saya, juga buat semua sahabat.Semoga segala jasa dan pengobanan di dunia ini mendapat ganjaran di akhirat.

Monday, 6 May 2013

Marilah mari...pergi mengundi...

Alhamdulillah...general election ke-13 nie,saya dan suami mengundi di tempat tinggal sendiri.Di tempat kami cari rezeki lah senang cerita.Legaaa...tak perlulah kami berpecah utk membuang undi.Sebelum ni suami di Pokok Sena, Kedah dan saya di parlimen panas Lembah Pantai.


Ahad, 5 Mei 2013, semangat bangun awal.Siapkan breakfast dulu dan mandikan Izz.Syukur...Dania dah pandai urus diri sendiri so..jimat masa.Lepas tu terus ke pusat mengundi di sekolah Dania.Sampai jer terus check nama dan ic.Ingatkan datang awal tak ramai orang, sekali dah beratur panjang tau.Nasib baik ada banyak kaunter.


Terkesima jap bila petugas SPR tanya, "dah daftar ke?".Erkkk..dah berkali-kali orang datang rumah hantar surat pengesahan undi takkan takde dalam senarai kot.Semalamnya pun mr.asben dah check by online.Uwaaaa....saya nak mengundi....


Rupa-rupanya dia salah masukkan no.IC saya.Fuhhh...legaaaa.Tapi sayangnya tempat mengundi saya bukan di situ tapi di sekolah menengah.Jauh sikit dari situ.Hurmmm...takpelah, yang penting saya dapat mengundi.So...kami decide asben buang undi dulu lepas tu baru ke tempat saya membuang undi.

Pic nie saya ambil dari Fb en.asben.Saya tak boleh duduk di sini kerana yang tidak terlibat dlm proses membuang undi hanya dibenarkan menunggu di luar kawasan bangunan sekolah.Gambar sebagai bukti.Hampir 2 jam saya dan anak-anak menunggu.Itu ada 6 saluran tu, kalau 1 saluran hahahaiiiii...mahunya sampai ke petang.Izz siap berak lagi.Baguslah tu, ibunya langsung tak bawa pampers sebab ingat kejap jer.Pastu merengek nak susu pulak.Lepas dodoikan dia akhirnya tertido juga.Syok jer dia tidur dengan pampers penuh hasil buangan.



Hampir 11 tengah hari baru selesai.Plan A batal sebab saya dah rasa macam nak migrain.Cuaca panas sangat.Lagipun nak balik rumah dulu bersihkan Izz.Perut pun dah berkeroncong semula.Akhirnya kami decide lepas zohor baru ke tempat saya membuang undi.



Pagi pakai baju purple...tengah hari tukar baju kelabu sebab baju yang pagi tu dah terlekat bau perfume original dari Izz.Syoknyaaaa pergi waktu petang, dah tak ramai orang.Tengok tu, seorang jer beratur di depan saya.





Siap boleh posing lagi kat situ.Kalau kat sekolah Dania tadi, jangan haraplah.Kat sini, asben pun boleh ikut sampai bilik mengundi.Lagi 5 tahun, confirm saya datang mengundi waktu petang.




Kesian Cik dania, demam-demam pun kena ikut ibu pergi mengundi.Nasib baik harini dah kebah sikit.





Oppppssss...undi saya adalah RAHSIA.Nak share sikit nie.Masa saya dah selesai masukkan kertas undi kat dalam peti tu, sekali pengundi sebelah saya tu (perempuan India) tanya kat petugas SPR, "nak tulis apa ye?saya tak tahu coz pertama kali mengundi".Penadapat saya, next election kena letakkan SOP kat setiap bilik mengundi.Kita jangan aspect semua orang baca paper dan semua orang tengok tv.Itu nasib baik dia tak segan bertanya, kalau yang jenis main hentam jer kannnn kita dah rugi satu undi (undi rosak).Pendapat saya ajelah....





Selesai sudah tanggungjawab saya sbg rakyat Malaysia.Waktu post ini ditulis kita semua dah tahu keputusannya.Semoga mereka semua yang dipilih AMANAH dalam melaksanakan tugas yang diberi.Semoga kita semua dipanjangkan umur untuk memilih 5 tahun lagi P.E.A.C.E

Saturday, 4 May 2013

Muhammad izz Ar-Rayyan ~ 9 Bulan

30 April lepas genap usia Izz 9 bulan.Lagi 3 bulan ibu dah boleh makan laksa yehuuuuu....Dah pandai sebut "abah".Ibu pulak dia sebut "abu...".Bolehla anak, dari takde bunyik langsung.





Dah start makan bubur nasi campur ayam, ikan dan sayur-sayuran.Agak-agak kalau poo poo Izz mcm tak lawas, saya campurkan labu dalam bubur takpun saya suap dia buah betik, confirm lepas tu semuanya keluar dgn jayanya.Picture kat atas tu adalah cous-cous.Buat minggu lepas.Hari-hari makan nasi tentu jemu kan.Kita pun kadang-kadang nak tukar selera juga inikan pula baby.Alhamdulillah..berselera jer Izz makan.Setakat nie Izz tak pernah lagi makan instant food aka nestum dan segala bagai tu.(sudu gerber tu kepunyaan Dania yep.Dulu-dulu ibu takde kesedaran lagi tentang kebaikan homemade solid food.Nampak menarik jer terus beli).Harap-harap semangat rajin ibu nie berterusan lah sampai Izz menginjak usia 2 tahun.


Sejak sembuh dari demam haritu, Izz tak cerewet sangat pasal makan.Tak payah nak buat aeroplane segala dah, tunjuk mangkuk dengan sudu dia dah faham dah.Pasti laju jer datang sambil senyum simpul.Tengok orang makan pun dah pandai mintak.Kalau kakak makan kek atau biskut, siaplah...Izz datang terkam sambil panjat-panjat kakak dia.




 Dah mula angkat punggung tapi duduk tak berapa pandai lagi.Cuma lepas demam haritu nampaknya dah boleh duduk tanpa sokongan tapi ibu tetap standby bantal kat belakang takut anak terlentang.Rambut dahla tak berapa nak ada, kalau terlentang sure extra sakit kan Izz.







Dah ada gigi sebatang kat bahagian bawah.Gambar pun blurr jer.Sebelah tangan nak pegang hp, sebelah lagi nak pegang mulut dia.Itu belum lagi nak kapit badan izz yg meronta-ronta.Huh...dah macam nak bersilat dah ibu dia (Kudrat anak lelaki dgn anak perempuan memang tak sama).Setakat nie Izz tak pandai gigit lagi waktu df.Harap-harap sampai bila-bila lah tak pandai menggigit huhuhu...seriau sebenarnya.





Dah boleh duduk tapi masih perlu ada sokongan kat belakang.Kadang-kadang nampak confident jer dia duduk, tapi kadang-kadang boleh terlentang ke belakang.Lebih baik standby bantal kat belakang, kalau terlentang taklah sakit sangat kan Izz.Dah pandai panjat dan berdiri di tepi sofa/kerusi.Yang buat ibu dia sesak nafas, bila dah berdiri tu boleh pulak dia lepaskan dua-dua tangan.Adoi...kena cepat sambut, kalau tak berdentumlah ke lantai.

 Izz ni tak pandai makan sendiri.Bagilah biskut, kuih atau apa-apa makanan pun memang dia takkan masukkan ke mulut.Sudahnya hancur lebur makanan tu kat tangan dia.Sebab tu saya berani bagi Izz pegang biskut lemak cap Hap Seng.Dahhh...ibu makan dia pun nagis-nangis nak pegang jugak.Nah...ibu belanja sekeping.Yang peliknya kalau kertas, buku atau benda lain laju jer dia nak masukkan ke mulut.Hahai...anak, yang ni lain dari yang lain.





Kejap jer dah 9 bulan.Tak tahulah bila nak berjalan.Kalau nak compare progress Izz dgn Dania dulu nampaknya Dania lebih cepat perkembangannya berbanding Izz tapi dari segi tingkah laku Izz lebih behave berbanding kakaknya.Selama 9 bulan ni saya masih lagi boleh tidur lena sepanjang malam (kecuali ketika demam).Izz hanya akan bangun selepas subuh atau ketika azan subuh.Waktu Dania dulu, alahai...dia ajak ibu jadi burung hantu tau.Nasib baik dah besar nie senang nak jaga.Betapa Allah swt Maha Adil.DIA beri saya rasa susah dan senang membesarkan anak.Syukur....



Friday, 3 May 2013

HADIAH

2 hari lepas Dania minta saya belikan hadiah untuk ustazahnya.Katanya ustazah nak berhenti untuk sambung belajar.Teringat pulak zaman sekolah dulu, tiap kali cikgu nak bertukar mesti pakat-pakat nak beli hadiah.Tapi dulu-dulu manalah saya mampu beli sendiri, belanja sekolah pun berapa sen jer.So..pakat dengan kawan-kawan kumpul duit sorang sikit untuk belikan hadiah cikgu.Ingat lagi, masa tu saya darjah 5, cikgu kelas kami hanyalah guru ganti (sebab guru kelas sebenar cuti bersalin).Tamat tempoh dia mengajar kami pun kumpul duit belikan cikgu tudung.Punyalah cikgu tu terharu sampai nangis-nangis dia terima hadiah tu.Sekarang nie dia dah jadi lawyer dan penulis novel.Bangga tau bila saya tengok banner gambar Cikgu Siti Rosmizah masa di PWTC lepas.Cikgu Siti dah jadi penulis sekarang.Sayangnya masa di pesta buku minggu lepas, cikgu saya takde kat booth tu.Kalau tak boleh salam cikgu dan laga-laga pipi dgn dia.Macamlah dia kenal saya lagi kannn.


Okey..kembali pada cerita Dania.Harini adalah majlis perpisahan ustazah di SRA.Rabu lepas kami dah bawa dia belikan hadiah untuk ustazah.En.hubby yang pilih hadiah.Saya tunggu dalam kereta jer sebab Izz tidur.Bila balik rumah, tengok hadiah dan design pembalutnya, not bad.Pandai abah pilih (^_^).Malam tadi cepat-cepat dia siapkan homework sebab tak sabar nak wrap sendiri hadiah tu.Saya bantulah sikit-sikit.Iyelah..kalau nak harap Dania bungkus 100% confirm rupa macam nasi lemak nanti



Saya tunjuk cara nak gunting, balut dan tape.Lepas tu suruh Dania tulis sendiri atas kad.Abah???mengawasi si adek yang keterujaan melihat segala benda milik kakak.





Nampak jer kakak letak segala kertas, gunting, tape, pen etc dia terus tegakkan kepala.







"Wahhhh...kakak letak kertas kat situlah, ada can nak ambik nih"




Tapi apakan daya, abah pegang Izz kuat sangat maknanya Izz tak boleh kemana-mana.Hikhikhik...tengok tu muka nak nangis sebab tak dapat lepas.





Akhirnya...siap juga.Walaupun tak berapa kemas namun Dania puas hati sebab dia balut dgn usaha sendiri.Hadiah apa???Cuma hadiah biasa-biasa tapi besarnya maknanya bagi Dania.Itu jer yang kami mampu."Harap ustazah suka ye" ~ Dania

Thursday, 2 May 2013

Dania gembira ibu pun tumpang happy juga (^_^)

Entry pertama di bulan lima.Macam pantun pulak ye.Dah nak masuk 5 bulan kita dalam tahun 2013.Hurmm...saya tak habis-habis lagi ganti puasa nie.Adui..sempat ke idak nie.Moga-moga Allah permudahkan segalanya buat saya.Beri kesihatan yang baik untuk saya melangsaikan hutang puasa saya tahun lepas.Banyak tau 29 hari.


Sebenarnya entry nie saya tujukan untuk Cik Dania.Anak dara yang dah makin besar tu.Amboi sekarang nie kalau kita suruh-suruh sikit dah pandai buat muka tak rela.Lepas tu buat lembik kaki dan tangan.Kononnya tak larat sangat lah kannnn.Kalau kita marah laju jer air mata nak keluar.Itu belum ibu dia keluarkan mukadimah lagi.Makin kuat ibu membebel makin kuatlah dia nangis.Tak payahlah saya nak penat-penat berleter.Bukannya dia dengar pun, sudahnya saya yang tak lalu nak dengar dia menangis.Kalau abah ada lagi extra mengada-ngada sebab ada tukang pujuk.Manja tahap gaban tauuuu.

 
Balik dari sekolah agama pagi tadi, dia terus buka beg dan mengeluarkan sesuatu untuk ditunjukkan pada saya.Stokin dan tudung pun tak sempat buka.Punyalah excited makcik sorang nie.Ingatkan nak tunjuk hadiah ke apa sebab sebelum nie dia pernah dapat hadiah tabung dari ustazah (lukisan dia paling cantik katanya).Belum sempat masuk rumah dah jerit-jerit panggil ibu sambil tunjuk tabung dia.Budak-budak kan, seronok sangat bila hasil kerja mereka dihargai.


Okey kembali pada cerita tadi, Dania mengeluarkan kertas ujian penilaian dia untuk sesi 2013.2 minggu lepas Dania periksa, saya dah pesan siap-siap pada dia, kalau boleh ujian kali ini biarlah lebih bagus dari tahun lepas.Kesian tengok muka Dania bila dia hanya mampu melihat kawan-kawan yang cemerlang naik pentas ambil hadiah.Nasib baiklah ustazah bagi hadiah saguhati pada murid-murid lain yang kurang cemerlang.Taklah Dania balik tangan kosong masa tu.



Rupa-rupanya dia nak tunjuk markah 100% yang dia dapat.Seronok sangat agaknya sebab sepanjang 2 tahun sekolah tak pernah merasa lagi dapat full marks macam tu.Sebagai ibu kita kena beri pujian atas kecemerlangan anak-anak kita kan.So..saya pun pujilah dia melangit.Bagi dia feel 'bangga' dan terasa segala usaha dia berhasil.Cuma saya pesan, kita jangan riak dengan apa yang kita dapat hari ini sebab riak tu sifat tak baik.Bila kita pandai, ada orang lain yang lagi pandai dari kita.Kena teruskan usaha.
 

 Bukan niat saya nak riak atau menunjuk ye.Jauh sekali nak bermegah-megah, cuma saya mengharapkan bila Dania dah pandai buka blog suatu hari nanti, dia akan senyum bila baca entry nie.Segala usaha dia selama beberapa bulan dah menunjukkan hasilnya.Teringat lagi Dania tersengguk-sengguk mengantuk sambil buku masih di tangan ketika musim ujian 2 minggu lepas.



Kertas ujian nie dikeluarkan oleh JAIS daerah Gombak, Selangor.Maknanya ujian penilaian untuk sekolah rendah agama, sek.rendah agama integrasi dan KAFA integrasi adalah sama.Bukan dibuat oleh ustazah atau ustaz di sekolah.Jadi saya anggap soalan dalam kertas nie sangat-sangat berkualiti.Markah 100% tu untuk Akhlak.Saya pun ambil kesempatan untuk beri 'pesanan' (sebab Dania nie kadang-kadang pandai protes juga kalau kita marah)."Dapat 100% untuk Akhlak maknanya akhlak Dania baiklah kan.So..budak berakhlak baik takkan melawan kata-kata dan arahan ibu dan abah okey".Sebab happy sangat, ringan jer mulut dia jawab, "OKEY".Harap-harap betul2 okeylah kali ini.


Next 2 week ujian sekolah kebangsaan pula menyusul.Dania memang kena usaha sungguh-sungguh sebab dia dah turun satu kelas dari tahun lepas.Bila saya tanya target dia utk ujian nanti, 
 
Dania : "Dania nak masuk 2A semula ibu", 
Ibu: "kenapa??"
Dania: "sebab cikgu kata 2B ialah 2 Bising bukan 2 Bakawali" ;p (kes budak2 bising dalam kelas lah nie).



Tuesday, 30 April 2013

Pesta Buku Antarabangsa 2013

  Kena cepat-cepat update harini sebab kalau update esok dah kira story bulan lepas.Sabtu lepas kami ke PWTC untuk memenuhi permintaan Dania.Setiap tahun memang tak pernah ketinggalan lagi ke sini. Dania dah pesan 2-3 hari sebelum tu lagi.Saya sendiri pun tak tahu pesta buku akan bermula Jumaat lepas.Biasanya promosi untuk pesta buku giat, tapi tahun ni kempen PRU13 lebih meriah berbanding yang lain.Takpelah 4-5 tahun sekali kan.



 
Masuk jer dalam dewan, Dania dah tanya mana booth Asuh.Majalah favourite Dania tu.Tahun-tahun sebelum nie dia suka Sayang Muslim, tapi sejak ustazah kat sekolah promo dan jual majalah Asuh, minat Dania lebih tertumpu pada majalah tersebut.Saya pun tumpang baca sekali, dan ternyata majalah nie banyak sangat ilmu berguna untuk anak-anak kita.






Yang nie booth novel islamik untuk kanak-kanak.Dania cukup suka kalau cover buku/majalah ada imej kartun muslimah yang comel-comel macam nie.Senang kan kita nak influence budak-budak supaya minat membaca?Just letak cover comel-comel dan menarik perhatian, sure budak-budak akan tertarik untuk membacanya.





 Antara booth buku ilmiah untuk kanak-kanak.Setiap booth Dania singgah tau.Ibu yang tak berapa nak sihat nie gagahkan juga lah demi anakanda tersayang.





 Singgah booth Lego jap.Pegang-egang replika yang ada





Tengah jalan-jalan, terjumpa replika Kota Suci Mekah dan Masjid Nabawi.Subhanallah...tengok replika pun hati dah rasa sayu.Kalau ia ada depan mata tak tahulah macam mana rasa syahdunya.Semoga Allah beri kesempatan pada saya dan keluarga untuk menjadi tetamuNYA suatu hari nanti.





'Buku Untuk Pencari Syurga'....siapa yang taknak ke SANA kan.Apatah lagi dah ada seseorang yang menanti saya dan suami di SANA.





Buku-buku macam nie memang kegemaran suami saya







Ini dewan khusus untuk Karangkraf.Setiap tahun dewan nie memang dikhususkan untuk Karangkraf sahaja.Biasanya nak masuk nie punyalah sesak.Nak ambil majalah atau buku pun kena 'excuse me' bagai.Tapi hari nie memang best lah.Siap boleh ambil then letak balik lepas tu ambil pulak yang lain.Siap boleh duduk depan rak tu lagi.Weeeee...saya suka...saya suka....






Ini buktinya.Cik Dania siap boleh bersila kat lorong tu lagi.Kalau tahun-tahun sebelumnya, nak jalan pun laga-laga siku tau."Okey anak, duduk diam-diam kat situ ye, ibu nak pilih majalah jap".






Eh..ada lagi yang dia nak.Takpelah....benda yang baik kita ikutkan ajer permintaannya.







Izz dah kebosanan + lapar.Makanya kakak yang jadi mangsa.Suka sangat tarik rambut kakak.Lagi kakak menjerit lagi dia suka.




Bahu dan tangan dah berat, jom kita balik